A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Saturday, October 22, 2011

Retirement of Madam Yap....

Yang datang tetap akan pergi...hilang akan berganti...cuma yg datang dan berganti tak sama dengan yg pergi...mengenali sbg seorg sahabat rakan sejawat dan akhirnya melambaikan tangan sebagai Pengetua Cemerlang sgt2 bermakna... seorang rakan sejawat ... menjadi mentor dan dia boleh mejadi apa sahaja kerana kerendahan hati dan keikhlasannya membantu... tapi hakikat apabila menjadi ketua pastinya kita kehilangan rakan lantaran kita harus berada di atas landasan yg benar tanpa memilih 'warna'... itulah dia perjuangan yg sebenarnya ..... manusia itu bersifat lemah kerana unsur2 favourtisme tak lari drp sifat semulajadi....yg memandang akan nmpak... yg terkena akan merasa...berkepentingan akan selesa.....selamat bersara dan terima kasih atas segalanya Madam......

Monday, May 16, 2011

sekeping coklat dan ucapan hari guru...


cikgu..sekeping coklat buatmu
hitam pekat,kelat dan tidak begitu manis..
hanya ini yg terlintas untuk mu
pada hari yg sangat bersejarah ini
mengapa coklat hitam pekat dan kelat
aku pun tak tau cikgu..
bukan aku ingin menambah gula dalam darahmu
bukan aku mahu menambah manis kencingmu
juga bukan inginkan tekanan pada nadi mu..
tapi coklat yg hitam pekat dan kelat
juga samasekali tidak manis
ku lambangkan dirimu cikgu..
biar hitam pekat
tapi hati mu tetap putih suci bak kain putih
terkadang kata-kata mu utk sekian kalinya aku terima.
kelat..pahit dan semestinya kurang manis
berbekas bak jadam yg bertahun tak kan hilang lekat di tekak
tapi pahit..kelat itulah penyembuhnya
pada segala kesakitan keperitan kejerihan kepayahan
pembakar semangat yg turun naik tak menentu
cikgu..setiap kali 16 Mei datang bertamu
aku melihat diri mu dalam diri ku
dalam menyusuri separuh abad ini...di manakah kau cikgu?
tak mampu tangan ini menghulurkan sekeping coklat hitam kelat kesukaanmu
mungkinkah dirimu menderita saat ini
atau sudah pergi menyahut panggilan Illahi..
merenungi sekeping coklat hitam pekat kelat kurang manis yg baru ku terima siang tadi..
bersama butiran tasbih di tangan kanan ku
getaran dari ulas bibir yg menuturkan kalimah2 suci
meniti lesu butiran manik air bening dari kolam mata
semoga jasa dan pengorbanan ikhlas mu
adalah cahaya yg akan menjadi
bekalan mu di sana nanti...
cikgu..kini aku juga menerima
sekeping coklat dan ucapan Selamat hari Guru pada tarikh keramat ini...
coklat yang kelat serta kasih sayang seorang guru
di situlah manisnya bertemu....

nukilan:hjh.fadzalah
16 mei 2011
:)


Saturday, May 7, 2011

sehari sebelum 8 mei...

sambutan hari ibu
kali ini terasa kekurangannya
biarpun anak2 dengan wajah2 comel dan ceria
meraikan dengan kejutan2
yang sengaja dirancang..
terasa hari ni prihatin mereka berlebihan
dari biasa.....
sebagai ibu..tiada perkataan yg dpt mengambarkan
perasaan ketika itu
walaupun kali ini terpaksa aku
sembunyikan perasan sebenarku yg berat
sarat menanggung rindu pada
hangat pelukan dalam dakapan ibu....
aku rindu ibu....
aku terlalu rindu akan ibu ku
aku merindui ibu ku
mak...
kasih mu tetap subur
biar terdampar di tanah kering kontang dan gersang
kau campakkan kasih sayangmu
tetap bercambah benih dan pohon
yg subur biarpun ..
tanpa setitik air...
kasih mu tetap mewangi
sewangi kemboja yang tegak
merendangi rumah yang menjadi
rumah persinggahan terakhir mu...
kasih,sayang dan cinta mu kepada ku..
meremajakan,
mendewasakan...
mematangkan..........
pada sebuah perjalanan yg masih panjang.....



Thursday, May 5, 2011


kejayaan itu adalah
sebuah perjalanan yang panjang
dan perjalanan yg panjang itu
tak akan menentukan batas sempadan
destinasi terakhir
yg perlu kita sampai
sekiranya kejayaan masih menunggu kita di depan
teruskan perjalanan
jika kejayaan menunggu di sepanjang perjalanan
mengapa dibiarkan peluang
daripada tersia2 begitu saja..
cuma..manusia yg tak pernah jemu dan puas
memburu kejayaan demi kejayaan
atas alasan yg tersendiri..
berhati2lah agar kejayaan yg diburu
dan sering diimpikan
akan menjadi kemusnahan
kepada insan2 tersayang
yg memerlukan belaian dan perhatian..
apa gunanya kejayaan
sekiranya ia akan berakhir dengan kehancuran
ia sepatutnya bukan destinasi
dan ianya bukan perhentian
antara dunia dan akhirat
perlu ada keseimbangan......
mencari dunia itu tanggungan...
bersedia untuk disoal diakhirat dan menjawab di hadapan Allah SWT
itu pasti....

~~wallahualam~~


ketekunan
ketabahan
dan
istiqomah
pastinya akan membuahkan
kemanisan yang akan dinikmati
sepanjang hayat
kekuatan bukan terletak pada keupayaan fizikal
tapi pada keupayaan
dan kekuatan mental
jiwa dan rohani
dalam mendepani segala permasalahan
dan kekuatan ini hanya akan kita perolehi
jika kita kembalikan diri kita
berpegang pada yang Esa
Khalik..Allah SWT..

~~wallahuallam~~



sememangnya
dalam kehidupan ini
kita akan temui banyak pilihan
tetapi
dalam banyak pilihan itu
hanya satu ..
yg akan benar2 terlekat
dalam jiwa dan minda kita...
burulah impian itu
tetapi
dalam memburu impian
berhati-hati
supaya kita tidak terlalu obses
utk memiliki impian tersebut
Allah Maha Mengetahui Segala2nya
apa yang baik pada kita
sebenarnya akan mendatangkan sebaliknya
begitu juga apa yg tidak baik pada kita
sebenarnya ..itulah yg terbaik buat kita...........

~~wallahualam~~

Musim Cinta Sudah Berlalu....


di petik dan diubahsuai daripada Solusi..ruang Soal Cinta..

Perkahwinan dimulakan oleh
sebuah cinta,tetapi hanya disempurnakan
oleh satu tanggungjawab....

Cinta & Tanggungjawab
cinta tidak boleh terpisah daripada tanggungjawab.
Gabungan kedua-duanya melahirkan rumah tangga yang bahagia.
Jika ada cinta tetapi tiada rasa tanggungjawab,lambat laun cinta akan luntur dan rumah tangga akan berkubur.
Sebaliknya,jika ada tanggungjawab tetapi tidak ada rasa cinta,maka hilanglah seri dan
kemanisan sebuah rumah tangga. Umpama hidup segan mati tak mahu.

Rumah tangga hakikatnya ialah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala
dan keredhaan-Nya.
Bukan cinta isteri atau suami yang menjadi matlamatnya,tetapi itu hanya alat.
Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat.
Ertinya,cintanya suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.
Apabila ini menjadi asas dan terasnya,
maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggungjawab

Personal view:
.....sentiasalah muhasabah diri dalam gelanggang muhajadah ini(rumah tangga).
Adakalanya terlepas pandang disebabkan kebiasaan2 setelah berbelas..
puluhan tahun menjadi rutin dlm kehidupan seharian.
Apabila ianya menjadi fenomena 'tak pe'
kita lupa yg sebenarnya kita menimbun sekam
yg masih berbara.
Yang lebih bahaya kerana ia makan sedikit demi sedikit..
dan adalah lebih mudah kalau kita semmg nampak api yg marak menyala.
Apb kesuaman sahaja yg kini berada di hujung2 usia..
bebanan,masalah dan mimpi yg dah tak seindah
musim2 menyemai dan menuai
garis2 senyum perlu terus diukir
komunikasi terus dipugar
sewaktu musim cinta yg makin berlalu..
namun masih boleh diberi nilai tambah keseniannya
dengan menggabungkan cinta & tanggungjawab
yang lebih besar...lebih agung
satu-satunya
kepada Khalik (Allah)....

~~Wallahualam~~






Wednesday, April 27, 2011

Feeling down...

Hidup perumpamaannya bagai roda
ada masa kita dia atas..dan berada di bawah itu pasti
hidup tak semestinya menongkat langit
sesekali langit akan runtuh jua

motivasi buat diri sendiri
kekurangan dan kelebihan yg Allah berikan
saling melengkapi dan seimbang
kiranya kekurangan
tetap selamanya kekurangan
terima seadanya
kerana Allah akan temukan
dengan seseorang yg mempunyai sedikit kelebihan
untuk mengimbangi kelemahan
dan begitu jualah
sebaliknya

Jiwa perlu kuat dan mantap
dari segi kerohanian
kita tak boleh menjadi orang lain
biarlah orang lain tetap menjadi dirinya
kita tetap gigih
biarpun lutut perih mengigil
biar bertupang tongkat
untuk tegap berdiri
atas kaki
sendiri..




When Life has you feeling Down, Keep these Words in Mind...

Monday, April 25, 2011

Exam week....

Bagi anak2 yg menuntut di universiti,kolej..minggu yg sudah
dah tamat 'study week'...dan dlm dua minggu ni akan berperang psikologi dengan
kertas2 final dorang.All the best and gud luck to you guys.Tak perlu nak stres dan depress
tak tentu pasal nak oiiii..

kalau dah cukup prepared tu yakinlah pada diri sendiri..usah diragui samada
habis ke tidak belajarnya.Itu semua akan menambahkan kerisauan..

Dalam waktu2 begini..lebihkan juga dari segi kerohanian dan kekuatan
dalaman..solatnya...yg wajib..yg sunat ..tahajud..zikir ,doa..
dan akhirnya tawakallah pada Allah SWT.
Sambil2 menge'set' waktu utk bangun blajar awal pagi..sambil2 tu juga ambil peluang
bermunajat disepertiga malam utk memperkasa rohani...semoga tiada
perasaan syak wasangka dan ragu2 pada kemampuan diri sendiri. Dah berbulan
semester berlalu..walaupun dihambat dengan pelbagai tugasan akademik
dan tanggungjawab sosial pada universiti dan kolej..
itu sebenarnya pengalaman yg sgt berharga yg tidak ada tanda harganya.

Buat anak2 didik ku yg bertaburan di merata universiti di tanah air..
khususnya buat anak2 ku yg berada di Universiti Putra Malaysia,doa ibu sentiasa
mengiringi kalian.
Jadilah anak2 bangsa yg mampu menyumbang pada kejayaan negara
kerana di tangan kalian lah teletak amanah dan tanggungjawab
membangunkan...memperkasakan...
agama..bangsa..dan negara.

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...



Tuesday, April 19, 2011

Tak pyh title kali ni....

Dah lama benar tak menjengah blog...bukan dah luntur semangat nak menulis..cuma semangat tu jer yg kadang2 turun naik..that's a part of ur life...no say moody..but more a less like that...hihihi..
Banyak sangat nak diperkatakan..klu nak menulis mungkin ada yg terlepas pandang..but sepanjang tak menulis dah pasti ada yang tak kena...

Sekadar menyinggah blog2 kwn2..tapi takde keinginan pulak nak drop apakomen..sekadar
membaca,tersenyum dan menilai isi hati yg tersurat yg biasanya lahir drp ygtersirat..emm
seronok mengongsi kegembiraan teman2..yg rata2 tak lari membicarakan hal2 biasa ttg
rumahtangga,anak2,suami,..mungkin fenomena berblog ni juga memberikan kepuasan
kepada rakan2 blogger yg suri sepenuh masa bertukar2 informasi dan mewujudkan link
antara sesama mereka.

Penulisan atau info tak perlu ada tema2 tertentu..sendiri punya blog sendiri punya suka nak post apa saja..tapi kebanyakannya mmg aku tabik spring..mereka sangat berpengetahuan dalam ilmu2 IT ni..congratz all mom out there yg semakin canggih mengikut arus zaman anak2 remaja mereka...for kids out there..so jgn lah nak kelentong mak2 skrg eyh....Mengenai suami,not so worry la..link mereka selalunya suci...hahahaha....please give them freedom after a long hour do all the house work...Aku memang respect mereka...

Cuma aku tak bolehlah nak terasa left out dlm kalangan mereka,sbb aku tak mampu nak
follow mereka kerap atas kekangan masa yg menghambat...balik sekian hari semakin lewat
terkejar2 fetch anak...terasa pulak telah mengabaikan diri sendiri...i don't hve enough time
for myself...byk benda yg aku dah tercicir...aku tak ingat kali terakhir...tahun terakhir i do
my facial...no more...Since balik dari Mekah,berapa kali sgt aku dpt menyertai gang2 usrah
ku...lantaran selepas sahaja Isyak,mata semakin berat....

Isk3...servis masih lama lagi ni...tak kan rutin akan berterusan macam ni jer...i must do sumthing supaya tak akan terkena virus dan sindrom depression dan kemurungan..Alhamdulillah setakat ni tak lah sampai kesitu sangat sbb pengubat hati dgn zikirullah pagi petang dan bila2 ada kesempatan waktu dpt mengubat segala keresahan yg menyesak jiwa...Aku dah mulakan semula brizwalk...walaupun tak dpt sekerap mana,but determination from inside mampu melegakan sedikit ketegangan...Brizwalk alone yg hanya berteman lagu2..zikir2 yg aku download kedlm phone..mampu mengerakkan keinginan utk memikirkan ttg diri sendiri..dengan izin Allah dan juga izin suami yg tak berapa nak rajin....But its okay and fine with me..i rather walk alone than grouping..setidak2 track Tapian Gelanggang tu setakat 10 round x jadi masalah...

Sebenarnya yg penting adalah diri sendiri...lakukan seikhlas hati,berlapang dada,,and stay
positive...Suntikan aura positive akan mampu mencakna minda..i love this qoute..
Don't seek for happiness..you..yourself have to create it.....it true..setiap hari kita akan
berdepan dengan benda2 yg tak akan mendatangkan kegembiraan..baik yg bekerja atau
pun yg tak bekerja...jika selalu sgt mengeluarakn isyarat2 yg tidak memberangsangkan,
tak happy dengan apa yg kita lakukan...sepanjang harilah jawabnya apa saja yg dilakukan
tak akan menzahirkan kegembiraan...dan ianya akan dikongsi bersama oleh org2 yg
berada disekeliling kita.

Pokoknya..penyakit dan penawarnya ada ditangan kita sendiri..Allah sentiasa bagi kita ilham utk mencarinya,...maka gunakan lah dengan segala kebijaksanaan yg ada utk menerokanya..sesungguhnya tiada siapa yg kenal kita melainkan kita sendiri..walaupun feedback drp orglain juga perlu..tetapi percentage sangat minima...

Me..personally lately..okay lah..not put too much worry...mmg terasa stress dan tanda2 kemurungan tu ada...tu yang takut tu..Tapi alhamdulillah..berjaya mengatasinya...Allah menguji tanda sayang..Allah uji sebab org yg diuji itu mampu mendepani segala ujian...chewahhh...Anak2 kini lebih memahami dan bagi yg dah dewasa tu..sedia mendengar dan berbicara serta berbincang dari hati ke hati...alhamdulillah....

To my eldest..you know me better now,and i'm touched when you post a nice qoute to my FB...i'll always remember what you said to me when we discuss that "issue" that nite..My dear darling..my blessing is always with you...percayalah ibu hanya mahukan yg terbaik buat anak2 ibu..InsyaAllah..dan seiring dengan itu doa tak kan putus....


Saturday, March 26, 2011

Kenduri Tahlil 40 hari....

Hari ni ..insyaAllah sebelah petang selepas semua urusan rumah selesai...akan bertolak balik ke kampung...Esok kenduri tahlil untuk arwah mak yang ke 40 hari...Masyaallah...cepatnya dah sebulan lebih...rasanya mcam baru semalam saja berlalu...Terkadang masa terasa Mak masih lagi di sisi..cuma bila kaki ini menjejak perkarangan rumah peninggalan Mak..perasaan mula kembali sayu..kehilangan mula menyelinap kembali menyusuk sanubari...

Tapi entahlah,tak siapa pun akan mengerti..Bagi aku kehilangan ini sangat besar etinya..sememangnya mengubah diri dan perlakuan sehari2... Aku dah menjadi lali dengan kata2 semangat yang diberi..Terima kasih kepada mereka yg bersimpati dan yg cuba memahami...Jangan pula yg ada terasa dibebani..biarlah masa yang akan mengubati kedukaan ini..Ada masa2nya apabila perasaan rindu ini terlalu mencengkam..ada masa2nya ia akan menghilang...ia datang semula..hilang lagi...(huhh..tak ada siapa nak melayan kalau terus2an macam ni....)

Aku pun tak mahu berterusan begini..sakit jiwa raga..(lagi teruk daripada orang yg bercinta..)Semoga Allah terus berikan petunjuk dan hidayahnya..membimbing dan memberi ilham supaya pengisian2 jiwa dapat mengubat kedukaan ini...Kawan2 pun ada menyuarakan rasa..they want me back as i always be...InsyaAllah..im trying the best i could be....it just a matter of time...

40 hari...100 hari...1000 hari...bertahun..beribu tahun..berjuta tahun sekali pun..ingatan Dill pada MAK tak kan luput..tak kan ada mak lagi selepas MAK..walaupun Dill masih punya ibu mentua,tapi tak kan sama kasih sygnya terhadap Dill berbanding MAK sendiri........

Hari Ibu tahun ini tanpa ibu di sisi...!!!!!!!!!!!


Persaraan....bersara....

Semalam Jumaat...satu lagi persaraan yg diraikan buat seorang teman seperjuangan Mr Lee YL..minggu depan seorang lagi Pn.Hew....sebelum ni Kak Ambikha ...dan akan ada beberapa orang lagi menjelang hujung tahun...huhhhh!!!!sekejap saja masa berlalu tanpa kita sedari...sekarang pun dah nak masuk April....

Ini menandakan umur semakin meningkat setahun lagi..merangkak ke senja dah...klu nak diukur dari segi pencapaian..aku sendiri kekadang terlupa..nak recall balik tak payah lah..life must move on..pandang ke depan utk sesuatu yg lebih mencabar...Persediaan hari tua...???Kita merancang..Allah jua yg menentukan segalanya...Yang patut kita rasa bersyukur..kita masih lagi dapat melihat keluarga tersayang berada di sekeliling tiap kali bangun tidur...Ya Allah..alhamdulillah kerana memberi kesempatan kepada ku melalui sehari lagi dalam perjalanan hidup ini...

Perjalanan karier sbg seorg pendidik sememang ada titik hentiannya...(siapa pulak nak amik kerja smpai bongkok tiga kan...?????) ..perjalanan yg ditentukan..samada pilihan atau yg sememangnya dah sampai tempoh luputnya..Semoga rakan2 yg telah bersara ini selamat menjalani kehidupan yg aman sejahtera...tiada lagi hambatan2 kertas kerja...tapi yang pasti suka duka,pahit getir, menjalani dunia pendidikan yg penuh dengan warna warni tak kan luput daripada sanubari...

Tetap dipanggil cikgu walaupun dah bersara...itulah istimewa insan bergelar pendidik..Kemanisan itu hanya kita yang rasa..kedukaan itu juga milik kita..yg rata2 susah nak dikongsi dengan orang diluar sana..hanya tahu output nya sahaja....nak salahkan mereka tak juga...sebab hanya jauhari sahaja yg kenal manikamnya..Biarlah apa pun kata mereka,asalkan kita berpegang teguh pada amanah yg Allah berikan kepada kita..tanggungjawab mendidik anak bangsa...!!!!! Bersabarlah kita...pasti akan ada ganjarannya...kalau pun tidak di dunia..akhirat kelak itu yang kekalnya...Wallu'alam....


Thursday, March 24, 2011

At Last.....but not least.....


Semalam tak ber'blog'...bukan kecewa..nak kata aku tak bersedia,aku bersedia lama dah..macam lagu Zamarul..'Ramalanku Benar Belaka'...Semalam membawa diri utk bermuhasabah..dan sepanjang perjalanan 'trip to nowhere..alone'...mendesak aku berfikir,mencari ilham..berzikir sambil memohon Allah memberikan aku kekuatan utk menyusun langkah seterusnya...

Kebetulan saluran radio IKIM membicarakan tajuk yg terlalu sinonim yg ada dalam benak ku..(mcm2 tau2 jer...kebetulan ...!!) Isu yg membincangkan potensi anak..yg byk menyentuh JERI..jasmani,emosi,rohani dan intelek..... Melihat jemari yg tak sama panjang pendeknya dan bentuknya,begitulah juga anak2..Setiap anak dilahirkan dengan fitrah..maka ibu bapa lah yg membentuk dan mencoraknya..Dan setiap anak2 itu walaupun dilahirkan daripada rahim yang sama,banyak faktor yg membezakan antara mereka..

Peringatan buat diri aku juga yg terkadang terlupa..jgn membandingkan antara mereka kerana potensi antara mereka tak kan sama..tetapi yakinlah setiap anak itu ada kompeten yg tersendiri...ada kebolehan dan kemahiran yg tersendiri...gifted dengan apa yg Allah beri..cuma memerlukan dorongan dan bimbingan lagi supaya kompetensi ini dapat dikembangkan...siapa tahu??? mereka adalah antara yg mencorakkan dan menggerakkan ekonomi negara...huhuhuhu~~~angan2 ke cita2 ni????

Yang penting anak2 menjadi manusia yg berjaya...berjaya mengubah nasib diri mereka sendiri sebelum mereka mampu mengubah yang lain..dan tak menyusahkan hidup orang lain...Bila memakai pakaian sebagai orang tua..kekecewaan itu tak dapat tidak terpancar juga...tapi tak kan nak show my sad faces all the time..kalau kita kecewa..yg punya diri mungkin lagi parah agaknya...Bila meletakan semula diri sebagai pendidik, aku dan suami perlu positif...perlu susun dan atur strategi..kerana ketidakberjayaan ini sebenarnya adalah titik mula....a journey of a thousand miles begins with a single step.....

Angah...whatever it is,as i said it before..we as parents redha...kami akan beri lagi peluang utk Angah buktikan kepada kami khususnya...bahawa Angah tak akan kecundangan utk kali seterusnya..kami sedar kemampuan Angah...Ini juga ujian dan dugaan daripada Allah SWT..tapi ingatlah selalu..kalau kita menjauhi tanggungjawab kita pada Allah SWT..semakin jauh juga kita daripada rahmat dan kasih sayangNya...







Tuesday, March 22, 2011

SPM oh SPM....


Hahahaha...anakku Ahmad Asyraf (Acap@Angah)..at last..you pass your L licene with flying colour after 3rd trial...by the way congratulation lah..Lepas ni kalau bawa kereta,ibu tak perlu worried giler2 lah lagi...Memandu dah macam pro ...macam dah ada lesen bertahun2..Cuma lesen motor memang tak lah ye sayang..no hope at all kalau ibu dan abah nak belikan motor..but it not mean i'll buy you a car....

Setakat lesen L tu..kecil sangat utk mendapat ganjaran anak ku sayang...aduyaiiii...dalam perut ibu ni dah tak tentu rasa...perut jer..tapi perasan tu macam tenang jer..hahahaha. Hari penentu esok jer...23 Mac...pergi lah sekolah dengan membawa seribu macam rasa dan perasa..Kejayaan cemerlang atau setakat berjaya sahaja sudah ditentukan Allah SWT...

Ibu dan abah dah buat yg sepatutnya kami buat...sepanjang berada di Tanah Suci tak pernah henti mendoakan yang terbaik untuk anak2...Usaha mungkin Angah dah lakukan sebaik mungkin(???????..curiga tetap ada....) ,doa...kita dah sama2 berdoa..maka Tawakal lah kita kepada Yang Esa...Semuanya dah tersuratkan...

Apa pun yang bakal kita sekeluarga akan tempuhi esok....life must go and move on...see our future with a bright side and light..(..adowww..yg tersirat nak tulis gak ker?..biarlah ia terpendam jer....kalau nak nangis pun biarlah air mata jatuh dalam perut jer...tak kan nak show sad faces.....

Tak excellent tak semestinya runtuhnya langit esok..tak bermakna masa akan terhenti ...terus melangkah wahai Angah with your head n face up...face the world with smile and pride..dup..dap..dup..dap..dup..dap...lets the heart beat with a perfect rhythm..........

I love you just the way you are..my little big teddy(acap gumukkkssss!!!!.....:) ) funneh !!! (funny..tiru gaya ma little darling.. ayan..hehehehe...) ..dalam ibu marah2 ,you olso make my day full of joy and excitment...after Along..you'll be next ..rumah mesti rasa sunyi lagi........


Monday, March 21, 2011

Morning Cikgu...!!

Bermula sesi persekolahan selepas cuti seminggu..rutin bermula..perjalanan diteruskan..Kedatangan cuti amat dinanti2kan..dah bercuti terasa pulak bosan.Bukan tak ada benda nak dilakukan..banyak,cuma nak dengan tak nak jer...Hati melonjak2 pulak nak ke sekolah..setidak2nya melayan karenah budak2 kat sekolah tu..released jugak perasaan yang terbuku..membeku..hisssshhh....kena cabar diri sendiri supaya bergerak dan melakukan sesuatu yang bermakna..

Kepuasan tu mmg aku rasa..sebab what i give i get it back...Mungkin students aku yg kadang2 tak puas hati sebab katanya aku terlalu strict..kedekut..Ahhh,macam2lah korang kata cikgu...Aku selalu kata pada mereka..sebab cikgu syg kamulah cikgu buat mcm ni..tu baru sikit jer,belum tahap parah lagi..cikgu pun ada perikemanusian juga...Cikgu pun pernah jadi student macam kamu..korang zaman ni memang manja..Nasib dapat cikgu sporting macam cikgu!!..hehehe masuk bakul dah....

Tu lah karenah korang yg kadang2 merimaskan...tapi deep inside cikgu sayang kamu..kerana mmg itu sifat cikgu..menyayangi tanpa syarat n balasan..tanpa mengira warna kulit dan agama kerana kejayaan kamu bermakna hasil perih jerih cikgu yg mungkit ibarat setitik air yg jatuh ke lautan..akhirnya cikgu boleh tersenyum puas...Sebab pada cikgu,ilmu yg cikgu beri kamu gerakkan dengan kesungguhan akhirnya membuahkan kejayaan!!!


Sunday, March 20, 2011

Sharing is caring...

Jangan Mencari Terlalu Sempurna..(perkongsiaan apa yg baik daripada Dr.Dato'Fadzilah Khamsah)

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja..kerana ia akan SAKIT oleh kerna bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin aia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu jugalah..setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja..kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamanu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati mu....

Jika kamu mendidih air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungan dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu..sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menambalnya semula..Akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memilik seseorang ..TERIMALAH seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah ia manusia biasa.Apabila sekali ia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memilih sepinggan nasi..yang kamu pasti baik untuk diri kamu...Mengenyangkan...Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingun mengejar kelazatan..kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..MENYAYANGImu..MENGASIHI mu..mengapakah kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain,dan kamu juga akan MENYESAL..


Kerana Mata...


Assalam..sebelum aku cetuskan rasa hati tentang tajuk entri kali ini...Kerana Mata..,kepuasan yang aku rasakan selepas seminggu seperti ada tekanan terubat jua. Kalau gempa dan tsunami itu kesannya amat menyayat..aku rasakan gelombang yg ada dalam diri aku tak dapat aku gambarkan dengan seribu..sejuta..berbillion trillion kehancuran..Kesyahduan bila berada di pusara bonda..tanpa sedar mengalir lesu air mata yg membawa semua kedukaan..keluarlah duka..mengalirlah lara.. Mata yang memandang dengan bahu yg memikul tak sama bebannya...bagi yg belum merasa kehilangan..tak kan faham apanya apa ertinya tiada..Rindu pada yang TIADA akan membuka ruang minda..siapakah lagi yg akan menyayangi ,mencintai...kerana kasihnya IBU juga"unconditional love"..yg tidak meletakan syarat apa2 walaupun apa sekalipun kecacatan rohani jasmani anaknya....

Aku tertarik pada satu ruang dalam akhbar Berita Harian Sabtu 19 Mac 2011 yg ingin aku kongsi bersama..Kerana Mata...Terus Jatuh Cinta atau Beri Ruang Kenal Diri ??? Pelbagai respond yang diberi..rata2 daripada golongan yg berusia 20 an dan awal 30an...Persepsi dari kaca mata anak2 muda...Beri Ruang Kenal Diri...Diri siapa yg harus kita bukakan ruang di sini? Ruang utk mengenali orang yg ingin dikenalikah...atau ruang utk mengenali diri sendiri supaya kita tidak akan mengelirukan diri sendiri......Setiap individu mempunyai persepsi dan interpretasi...Bagaimana dari sudut pandangan ibu bapa? Apa pula pendapat pakar2 yg ahli dalam bidang psikologi dan ilmu2 agama..

Selalunya persoalan2 yg dianggap remeh boleh menimbulkan konflik..Begini sajalah,aku memilih melihatnya dari kaca mata ku sendiri..sebagai ibu yg mempunyai anak2 yg semakin membesar yg akan melalui saat2 getir dalam perjalanan kehidupan remajanya. Kalau disingkap dan kita menoleh kebelakang zaman ibu bapa dahulu kala..adakah persoalan Terus Jatuh Cinta @ diberi peluang utk mengenali pasangan? Pastinya rata2 yg mengatakan soal jodoh selain ketentuan daripada Allah SWT (..jodoh di tangan Tuhan dan manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan...),jodoh juga ditentukan oleh orgtua mereka. Sungguhpun cinta mereka hanya hadir setelah berada dalam perkahwinan..mengenali,menyeimbangi antara kekuatan dan kelemahan..cinta mereka subur,kekal sehinggalah cangkul dan tanah yg memisahkan.

Persengketaan yg sememangnya menjadi asam garam perencah penyedap kehidupan..mereka mengembangkan zuriat dan keturunan..( arwah emak semasa sihat pernah berpesan..kalau mak mati tanamkan mak sebelah kubur ayah kau!!Sehinggakan tanah kubur di sebelah ayah tak dibenarkan sesiapapun dikebumikan di situ..reserved to herself..Hinggalah setiap kali org meninggal,itulah ingatan mak berulang2...Dan kini mak kami semadikan disebelah ayah mengikut kehendak dan kemahuannya Semoga mak dan ayah tenang di sana sehingga hari kita dibangkitkan semula.Wallahu'alam...MasyaAllah!!..walaupun seumur hidupku yg kini menginjak 46 tahun,belum sekalipun aku melihat perlakuan2 yg menunjukkan cinta antara mereka berdua..apa tah kemesraan dan kemanjaan..Jodoh mak dan ayah ditentukan oleh org tua..tapi yang benarnya jodoh mereka sememangnya ketentuan Tuhan...)

Kami anak2 diberikan kebebasan memilih pasangan ..(mak dan ayah tidak berpendidikan tinggi..) lantaran mereka cukup faham bahawa anak2 perlu diberikan ruang utk mengenali diri pasangan hidup sendiri..supaya kelak mereka tidak akan disesali kemudian hari. Ibarat lagu lama R.Azmi yg dilagukan semula oleh Sudirman..
"Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa..ooo aku tergoda..aku tergoda...terkecewa..."(maaf tak berapa ingat lirik..sila google sendiri..) Kuasa mata yg bagaikan magnet membuatkan seseorg itu melekat dan terlekat hatinya. Selalunya kita mempercayai apa yg mata kita perlihatkan..bagi yg mempunyai mata!!.Sempurna pancaindera... Bagaimana dengan mereka yang sememangnya buta sejak azali???.....

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf ucapan Syaidina Ali bin Abi Talib yang pernah berkata....
"Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja,siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja,siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"

Ungkapan ini boleh kita tafsirkan dari pelbagai sudut pandangan kehidupan..Pada zaman Syaidina Ali,ia mungkin merujuk kepada musuh2 dalam Islam..yg diperangi akibat daripada kemungkaran mereka pada Allah SWT dan memusuhi Rusulullah s.a.w serta syiar Islam yg dibawa baginda.

Jika diaplikasi dari sudut pandangan dalam menjalin perhubungan,...nah !!!kuasa mata yg mencetuskan satu naluri berseni dan tersembunyi (ada ker??? remaja sekarang straight foward...menuturkan ucapan sayang semudah ABC jer...) Kesempurnaan hanya dinilai dari nilaian mata kasarnya sahaja..cantik,lawa,comel..cun..kacak,tampan,ensem....tapi apa pulak nilaian dalamam..tak nampak,tidak dinampakkan??? Kerana apa?? sebabnya masing2 tidak menjadi diri sendiri tetapi cuba menjadi orang lain...Anak2ku dan anak2 di luar sana..ubahlah stigma..kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"Aku meninggalkan kamu dua perkara,tidak akan sesat selama2nya sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya :kitab Allah dan sunah Rasul-Nya " (Riwayat Malik)

Aduhai anak2ku..jika ujian cinta dan berkasih sayang itu berat..yg akan memberatkan perjalanan hidup mu...jangan keluh kesah.Dua sumber yang agung inilah yang akan memberikan garis panduan menguruskannya.Islam adalah agama fitrah yang tak mungkin akan membunuh fitrah..Islam memandu kita utk menyalurkan secara mulia,terhormat dan bermaruah..Cari lah keredhaan ibu bapa,kelak dirimu juga akan mendapat keredhaan Allah SWT.

(Memetik daripada potongan doa Ustaz Muhammad Noor)
"
Ya Allah,kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar,buta mata hati adalah seburu-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini. Amin ya Rabbal 'alamin."


Ingatlah anak2 ibu yg ibu kasihi..setelah ibu ditinggali oleh seorang IBU yang amat ibu kasihi..ibu kini mengerti betapa kasih sayang dan cinta seorang ibu ibarat lautan yang tak bertepi..seluas dan sedalam lautan yg tak daya nak diselami....Selagi tidak didatangi gelombang yang menggila...tsunami yg tak terperi ngerinya...seorang ibu pada dasarnya ibaratkan lautan yang pada waktu tenangnya..setenang air yg tidak berkocak...tetapi kalau terdaya diselami jauh di dasar dan sudut hatinya...terlalu banyak yg tersimpan ibarat lautan yang menyimpan seribu macam rahsia kehidupan. Wallahu'alam....







Friday, March 18, 2011

Bisikan pagi ...(bingkisan motivasi pagi IKIM..)

Dalam perjalanan pulang dari Kajang menuju Seremban awal pagi, pakar motivasi pada pagi Jumaat yg barakah ini juga membicarakan topik yg menjadi keutamaan ku pada entri2 yg lepas..masih lagi membicarakan hal2 yg sama..kebetulan yg sememangnya adalah kebenaran belaka,maka..berpesan2 dengan kebenaran....Keharmonian..keseimbangan dan kejayaan..konteks yg amat luas dan dilihat dan dinilai daripada kaca mata setiap insan. Secara rumusan bingkisan tadi..masih menekankan 'keredhaan' ibu bapa utk mencapai keharmonian,keseimbangan hidup seterusnya kejayaan yg hakiki dunia akhirat.

Sebagai ibu,isteri...yg melihat dari sorot pandangannya yg secara lahiriah sebagai wanita..juga menuntut kebertanggungjawaban agar setiap inci perlakuan , tutur kata bicara dan bahasa badannya dijadikan contoh teladan...mudah2an anak2 yg selalu melihat kebaikan ibunya mencontohi sikap dan perbuatan tersebut...Buat ingatan diri ku dan ibu2 di luar sana...

1. Selalu mendoakan kebaikan untuk anaknya
2. Selalu bersyukur kepada Allah apabila memperoleh kenikmatan
3. Bersabar sewaktu menghadapi musibah dan kesusahan
4. Tawakal dalam melaksanakan sebarang pekerjaan
5. Selalu bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah
6. Saling menolong dalam kebaikan
7. Segera bertaubat apabila terlanjur berbuat dosa
8. Mengeratkan silaturahim antara keluarga ibu dan bapa
9. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan kepada sesiapa sahaja
10.Selalu mendirikan solat berjemaah dan mengerjakan solat tahajud
11.Saling memberi dan meminta maaf apabila rasa bersalah

Seorang isteri dan ibu yang berjaya......

1. Selalu menambah ilmu
2. Selalu memberi teladan
3. Ikhlas hatinya
4. Isteri yang baik
5. Bersifat lemah lembut

Demikian mudah bagi sorang isteri utk mendapatkan pahala apatah lagi balasan syurga...Syurga yang bermula drpd 'syurga dunia' yg tak kira apa pun bentuk rupanya..dari sebuah gubuk..dari sebuah mahligai..itulah "Baiti Jannati" ...Rumahku Syurgaku....

Aku tidak ingin membicarakan soal hak di sini...kerana persoalan hak yg tidak didasari dengan iman dan takqwa akan membawa kepada seribu dalih yang tak berkesudahan..Pada aku.."what you give,you get back"..maksudnya jika masing2 di dalam keluarga melaksanakan tanggungjawab atas kesedaran bukan paksaan (kdg2 paksaan itu perlu utk tujuan menyedarkan...)keharmonian dan keseimbangan akan dpt diwujudkan...Bagaimana nak wujudkan keseimbangan dan keharmonian jika ingin menerima tetapi lokek untuk memberi.....???? Fikir2kanlah ...(peringatan buat si penulis blog yg juga kdg2 tersasar drpd landasannya...)

Aku memetik daripada artikel yg pernah aku baca(aku olah supaya lebih santai) daripada seorang pakar motivasi yg meninggalkan kesan yg sangat mendalam sehingga membuatkan aku bermuhasabah ...untuk diri ku sendiri...untuk anak2ku yg suatu hari nanti akan menjadi suami atau isteri..bahawa perjalanan hidup kita tidak hanya semata2 memburu syurga duniawi kerana yg lebih nikmatnya adalah syurga abadi....

"Unconditional Love"...cinta tanpa alasan dan balasan....Kekasih terbaik tidak mengira berapa banyak balasan daripada apa yang telah mereka berikan .Ertinya,hanya orang yang percaya kepada Allah dan beriman kepada-Nya sahaja yg dapat mempraktikkan cinta ini dengan penuh keikhlasan..Dan inilah cinta orang beriman...cinta tahap tinggi!!!!

Kerana orang yang beriman berbuat apa saja hanya semata-mata kerana Allah bukan mengharapkan balasan manusia sekalipun daripada pasangan hidup. Contoh yang diberikan apabila pasangan sering mendoakan kesejahteraan,kesihatan,murah rezeki dan ketenangan hati pasangan masing2 tanpa pengetahuan mereka,...inilah tradisi dan unsur2 soleh dan solehah..tetapi ia tidak mudah kerana perbuatan baik ini kita dilakukan secara seni dan tersembunyi..(tak kan kita nak beritahu setiap solat kita ada mendoakan utk pasangan kita kan???? ada...?????) Sifat mendoakan pasangan di luar pengetahuan inilah dikatan latihan utama bagi kita utk mempraktikan" unconditional love".

Inilah kunci kasih sayang dalam rumah tangga yang mawaddah wa rahmah...iaitu mempraktikkan kasih sayang tanpa syarat dan tanpa balasan atau memberi dan menerima kasih sayang kerana Allah.

Orang yang memberi akan mendapat banyak,lebih baik dan lebih kekal walaupun bukan niat merea ketika mula memberi.Untuk mereka ada syurga rumah tangga di sini, dan ada syurga yang abadi menunggu di akhirat kelak.

Inilah sebenar2 tanggungjawab yg harus dilaksanakan...beristiqamah dengannya...putaran hidup yg bagaikan roda..dari tanggung jawab seorang anak..drpd anak menjadi ibu dan bapa...sebagai individu yg berkerjaya atau pun tidak semua adalah sama,kerana tanggung jawab2 yg harus digalasi ini adalah fitrah kejadian manusia. Dan yang paling utama yg mengatasi segala2nya adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT ...Allah melihat manusia itu sama sahaja..tetapi yg membezakan antara manusia itu adalah KETAQWAAN mereka kepada PenciptaNYA.

Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a daripada Ubadah bin al-Samit...di riwayatkan oleh Ahmad....

Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman :
"Cinta-Ku berhak untuk orang bercinta kerana-Ku..cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."


Wallah'ualam....sama2lah kita renungkan wahai anak2 ku..jangan tersilau dengan kilauan yg menyesatkan. Jagalah batasan..akurlah pada syariat..Cinta itu indah..maka pandanglah cinta itu dengan IMAN....(Aku yg pernah sesat..dan aku sama sekali tak menyesatkan zuriat generasi ku...Ya Allah Ya Rabb...Kau ampunilah akan dosa2ku masa lalu kerana aku terlalu jauh daripada Mu waktu itu...Ya Rahman Ya Rahim..kau terimalah taubat sesungguh taubat dari ku kerana aku kini mahu terus hidup atas limpahan kasih sayang dan rahmat Mu..kau lindungilah anak2 zuriat keturunan ku,saudara maraku yg mempunyai pertalian darah denganku...saudara-saudara se Islam ku,jadikanlah kami umatMu yg kuat dan bersatu padu,berkasih sayang dalam menegakkan syiar Mu......Amin Ya rabbal alamin...)







Thursday, March 17, 2011

Tanggungjawab sebagai Anak,Isteri,Ibu dan Wanita berkerjaya...




Antara peranan yg harus dimainkan oleh sesiapa sahaja di muka bumi yg namanya manusia...Pusingan hidup yang berputar dari atas ke bawah..dari kiri ke kanan...atau dari mana arah sekali waima yang menongkah arus...TANGGUNGJAWAB....seringkali persoalan tanggungjawab menjadi sesuatu yg agak klise...semua org mesti bertanggungjawab...tetapi mengapa ada yg cuba melepaskan diri daripada tanggungjawab...maka itulah kita...kerana pengukuran tanggungjawab itu terlalu subjektif kpd sesetengah daripada kita...(maaflah jika ada yang bercanggah pendapat..)

Tanggungjawab juga adalah merupakan perjalanan hidup yg perlu kita lalui ,..perlu kita galas..sebab selagi berdenyut nadi,selagi nafas belum terhenti....kaki terus meniti dengan memikul tanggungjawab dari sejak kelahiran sehinggalah ke liang lahat.Bahkan tanggungjawab yang hidup kepada yg sudah tiada juga dituntut sehingga kita juga menurutinya bila sampai masanya...

Tak perlulah memikirkan tanggungjawab yg besar2..yg tu biarlah org2 atasan sana yg memikirkan dan mencari penyelesaiannya..tapi kita org2 kecil ni jgk perlu bertanggungjawab melaksana dan menegur mana2 yg tak kena...tu tanggungjawab jugak...Renunglah ke dalam diri sendiri dan buat check list...apa tanggungjawab yg perlu kita dahulukan..yg penting kepada diri sendiri....itupun dah cukup banyak,ada yg terpaksa dibuat nampak tak nampak sbb tak larat dah...

Bercakap tanggungjawab sebagai anak..uhhh!!!kalau cakap dengan anak2 sehari suntuk...apatah lagi setiap hari..beratus2 hari...beribu2 hari..yg benarnya..sampai mati pun tak kan selesai bab2 tanggungjawab ni...Pada mereka perkataan tanggungjawab tu besar sangat nak dipikul..pada hal tanggungjawab tu benda2 yg perlu dibuat setiap hari..setiap kerja dan arahan adalah tanggungjawab yg perlu dilunasi....

Haa!!!nak marah anak2..part diri sendiri pula macamana? Sudah aku laksanakan tanggungjawab sebaiknya pada kedua ibu bapa...Untuk menjawab persoalan sendiri tu yg musykil...Sudahkah aku?Puaskah aku?Layak kah aku berkata aku sudah laksanakan..? Persoalan demi persoalan yg timbul selepas aku kehilangan kedua2nya...Sedangkan sudah digariskan hak ibubapa terhadap anak2nya. Mungkin aku juga termasuk dalam bab2 anak2 yg mudah lupa......

10 Hak Orang Tuan yang wajib Dipenuhi :
(Petikan drpd Kitab Dorratun Nasihin)

1. Memenuhi keperluan makannya
2. Melayani semua keperluannya
3. Menjawab panggilannya
4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5. Berkata-kata dengan lembah lembut dan tidak memarahinya
6. Memberi pakaian secukupnya
7. Berjalan dibelakangnya
8.Berusaha supaya orang tua sentiasa reda padanya
9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka
10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.

::Nampak dan bunyinya macam mudah nak penuhi kan? Tapi kalau diperhalusi sedalam2nya pengertian berapa ramai daripada kita yg mampu melakukan...termasuklah yg punya blog ni??? Cuba kita analisa sendiri ???...(Mesti akan ada yg kata bukan kita tinggal sekali dgn mak ayah kita,kalau tinggal sekali senang lah..itu....alasan bagi yg dah berkeluarga...yg bujang lain pulak cerita....Inilah kita kalau banyaknya berkalau........!)


1. Memenuhi keperluan makannya - kita mendahului selera kita ker..atau kita pernah tanya
mak ayah dah makan ke..? nak makan apa?

2. Melayani semua keperluannya- sabarkah kita melayan karenah tua mereka??Apakah ada
terselit dalam hati berseni kita..aduh lecehlah mak ayah ni????

3. Menjawab panggilannya-dengar tapi buat2 tak dengar..melabelkan mak suka membebel?
Mak telefon..jawabkah kita? Menelefonkan kita?..Telefon@sms dengan org lain boleh
pulak....

4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat- memang tak lah
kan mak ayah suruh buat benda2 maksiat...tapi mak ayah melarang,menegur yg menjadi
perintah supaya jangab berbuat maksiat...maka itulah yg suka kita lakukan..engkar
perintah..kadang2 bukan perintah..cuma teguran!!

5. Berkata-kata dengan lembah lembut dan tidak memarahinya -Masyaallah!!yang ni satu kes
...sedangkan berkata "ah" pun dilarang....betapa ramai anak2 yg di luar sana yg derhaka
kpd orgtua sendiri..usahkan bercakap kasar..bergaduh,berparang malah berbunuhan pun
sampai hati..kitalah anak2 akhir zaman!!! hanya kita yg dapat menjawabnya..sendirilah
mau ingat...

6. Memberi pakaian secukupnya- huh!!pakaian sendiri ber"brand"..mak ayah pakai apa???

7. Berjalan dibelakangnya- bukan setakat berjalan dibelakangnya...segala tindak tanduk kita
juga banyak yang membelakangkan mereka...ada kita minta pendapat mereka? Ada kita
pertimbangkan permintaan dan kehendak kita..sebab kita melihat dari sudut pandangan
mata kasar kita..

8.Berusaha supaya orang tua sentiasa reda padanya-untuk mendapat keredaan Allah..kita
perlu mendapat keredaan dprd org tua kita terlebih dahulu..redakah mereka atas segala
perlakuan kita yg banyak mencolok mata???

9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka- ini pun satu hal la jugak...kita suka ke apa
yg orgtua kita suka..selalunya the other way around..banyak sangat objection!! Ingatlah
orgtua kita tau apa yg terbaik untuk kita...kalau kita tak mampu nak fullfill kehendak
mereka..mungkin ada juga rasa kecewa..tapi tetap juga mendoakan kita anak2nya..

10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.-yang ini memang
kita buat..tapi sekerap mana..kita yang boleh menjawabnya..sebaiknya sekerap yg boleh,
paling tidak setiap kali selepas solat fardu yang lima tu...


MasyaAllah dimanakah kita kalau benda semudah ini yang menjanjikan pahala tak dapat nak kita laksanakan....bagi yang orangtuanya masih hidup..ambillah peluang sebaik mungkin sebelum mereka mendahalui kita..peringatan bagi anak2 ku yg mengikut ibu di blog ini..pengakuan dari hati ibu yang ikhlas...ibu adalah anak yg sangat rugi!!! Ibu terlepas peluang berbakti dan terus berbakti semasa kedua2 Wo korang masih di sisi...Cuma yg menjadi penawar di hati ibu kini .Hak mereka yg jatuhnya nombor 10...selama 49 hari di Tanah Suci alhamdulillah ...ibu tak lupa bermunajat memohon agar Allah SWT melimpahi rahmat ke atas mereka berdua...diampunkan segala dosa2 mereka..diterima taubat dan segala amalan mereka di dunia....

Rupanya sayangnya Allah pada kita...masih diberi kesempatan walapun kita tak mampu sewaktu mereka masih ada...tanggungjawab masih boleh kita laksanakan walaupun tiadanya mereka bersama...Kisah yang diriwayatkan drp Kitab Irsyadul Ibad..diceritakan oleh seorang ahli ibadah...
Beliau bercerita,"Aku bemimpi melihat ramai ahli kubur keluar dari kubur mereka dan mengutip sesuatu. Antara mereka,ada seorg ahlu kubur yang hanya duduk di atas kuburnya dan tidak mengambil apa2. aku mendekatinya dan bertanya,"Apakah yang mereka ambil itu"?
Dia menjawab,"Kiriman hadiah daripada kaum muslimin iaitu bacaan Quran ataupun doa."
Lalu aku bertanya lagi,"Mengapa kamu tidak ikut sama mengambilnya?"
"Aku sudah cukup",jwbnya

Aku tidak memahami maksudnya dan bertanya,"Bagaimana?"
Dia berkata,"Setiap hari.anakku mengirimkan hadiah untukku.Dia menjual kuih di pasar."

Keesokan paginya,aku pergi ke pasar dan mencari anak ahli kubur yang aku mimpikan malam tadi. Ternyata anaknya seorang pemuda. Aku melihat bibirnya yg sentiasa asyik kumat-kamit. Aku bertanya kepadanya,"Mengapakah bibirmu asyik bergerak?"

Dia menjawab,"Aku mengucapkan ayat2 Quran dan aku hadiahkannya untuk ayahku yang sudah meninggal dunia."
Tidak lama selepas itu. aku bermimpi lagi. Aku melihat orang mati di dalam kubur keluar dan orang yang duduk dahulu turut mengambil kiriman ayat2 Quran dan doa seperti kawan2nya. Apabila aku terbangun daripada tidur,aku segera pergi ke pasar dan mencari anaknya yang menjual kuih itu. Apabila aku sampai di situ,ada orang yang memberitahuku, pemuda itu sudah meninggal dunia.

Moral of the story...kita masih lagi boleh menabur bakti..tiada istilah terlambat utk berbuat baik kepada mereka yg telah tiada..Dalam Kitab yang sama,tercatat hadis berikut:

"
Demi zat yang mengutusku dengan hak sebagai nabi,apabila ada seorang hamba yang dianugerahkan harta oleh Allah lalu dia berbuat baik iaitu memberi nafkah kepada orang tuanya,dia kelak berada bersamaku di syurga. Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia ini,apakah yang perlu dia lakukan?" Nabi menjawab,"Bersedekahlah untuk kedua ibu bapanya dengan membaca Quran ataupun mendoakan mereka. Apabila ada anak yang mengabaikan hal itu, maka dia menderhaka kepada ibu bapanya. Sesiapa yang menderhaka kepada orang tua,dia melakukan dosa besar."

Tak kanlah modal yg semudah itu tak dapat nak dilaksanakan...peringatan buat diri ku yg telah kehilangan dua2nya...peringatan juga buat anak2 ibu dan juga anak2 yg lain di luar sana yang akan kehilangan bila tiba masanya...Wallahualam....

Wednesday, March 16, 2011

















SELAMAT HARI IBU MAK....Sepanjang hidupnya,perhatiannya dan kasih sayang kepada anaknya tak pernah luntur oleh teriknya mentari,tidak pernah membeku oleh dinginnya salju,tidak pernah lenyap dek kelam malam,tidak pernah kering tatkala kemarau dan pernah hancur dek ganasnya alam serta tak pernah karam oleh dalamnya samudera. Seluruh jiwanya dan raganya dikorbankan demi mengasuh dan membesarkan anaknya.


Sambutan Hari Ibu yg terakhir.....


Sambutan Hari Ibu yang terakhir bersama ibu tercinta...tetap diraikan walaupun dalam keadaan yg sgt uzur...

"Sesorg yg mempunyai salah seorang ataupun kedua ibu bapa yg sudah meninggal dunia dan dia berada dalam keadaan menderhaka kepada orang tuanya tetapi kemudian dia mendoakan mereka dan memohon keampunan utk org tuanya.Allah mencatatnya sebagai org yg berbakti kpd ibu bapa."
(Hadis laporan Baihaqi drpd Anas bin Malik)

Jabal Rahmah...

Berlatarbelakangkan Jabal Rahmah (Bukit Rahmah)..tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Hawa setelah sekian lama terpisah...banyak kisah yg perlu disingkap dan diambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut..walaupun tak sempat mendaki hingga ke puncak...kesempatan tetap jua diambil..Berdoa kehadrat Allah SWT agar ikatan kasih sayang sentiasa terjalin erat..susah senang,suka duka,akan menjadi perkongsian hidup selama sehinggalah cangkul dan tanah yang memisahkannya.

Aku mungkin bukanlah isteri yg terbaik buat seorg suami,juga bukan seorang ibu yg terbaik buat anak2ku..tetapi setidak2nya
kekurangaan2 itu menginsafkan aku utk melakukan perubahan..biarpun sebesar hama asalkan aku yakin dan istiqamah dgn perubahan yg sedikit itu akan mengubah kepada sesuatu yg lebih bermakna..

Aku panjatkan juga doa agar kasih syg dan ikatan persaudaraan dgn adik beradik,sanak saudara,saudara sesama Islam supaya antara kita dpt membentuk ukhwah dan perpaduan tanpa perpecahan dan bercakaran sesama sendiri...ISLAM itu INDAH...ISLAM itu Kasih Sayang...

Buat anak2 tersayang Ummu Syafiqah,Ahmad Asyraf,Qistina Nabilah,Qashrina Nadhirah dan Ahmad Mirza Nabil..doa juga ibu pohonkan agar Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kalian..kelapangan rezeki yg halal yg dpt dikongsi dgn mereka yg memerlukan....jodoh yang baik yg dpt membimbing kalian dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar..rumah tangga yg mawaddah wa rahmah..ingatlah anak2ku..gubukasih yg kita bina adalah lebih bermakna drp sebuah istana...melihatlah bukan hanya setakat di mata kasar..bukalah mata hati ..minda yg diseiringi dgn keimanan dan ketaqwaan...pasti kalian akan nampak apa yg org lain tidak nampak..Jika kita ingin yg baik,mintalah..Allah akan beri yg terbaik..tetapi perbetulkan diri kita dgn menjadi yg terbaik dan sempurna...

Segala apa yg baik dtgnya drp Allah jua...yg kurang,yang lemah adalah dtgnya drp kita hambaNYA...

Sejuta Wajah Satu Akidah....

"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini:

- berkumpul kerana mengasihi-Mu,
-bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
-bersatu memikul beban dakwah-Mu,
-hati-hati ini telah mengikat janji
setia utk mendaulat dan menyokong
syariat-Mu,
-maka eratkanlah ikatannya,
-kekalkanlah kemesraan antara hati-
hati,
-tunjukkanlah kepada hati-hati ini
jalan yang sebenar,
-penuhkanlah hati-hati ini dengan
cahaya Rabbani-Mu yg tidak kunjung
padam,
-lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman,
-dan keyakinan serta keindahan
tawakal kepada-Mu,
-suburkan hati-hati ini dengan
pengetahuan-Mu yg hakiki,
-jika Engkau takdirkan kami mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati
ini sebagai para syuhada dalam
perjuangan agama-Mu.

"Ya Allah..menjelanglah kini malam ciptaan-Mu,beredarlah sudah siang-Mu,inilah keluhan suara dan pinta daripada penyeru2Mu,ampunilah dosaku"

Masjidil Haram yang dirindui....


Masyaallah..Subanallah..Allahuakbar!!!..mana lagi tempat yg dpt dilampiaskan kerinduan yg sangat menyesakkan selain di sini..Betapa airmata yg menghujan turunnya yg entah dari mana..membadai rasa yg menyucuk setiap raga...Terima kasih Ya Allah..kerana memanjangkan usiaku ..mempercepatkan panggilan Agung Mu..dan aku masih berkesempatan berada di hadapan RumahMu.

Ya Allah aku membawa palitan dosa dan noda yang banyak..memohon keampunan dan rahmatMu.Ampunkan aku Ya Allah.. kerana pernah kufur akan nikmatMu..menjadi manusia jahil yang bertunjangkan nafsu..Kini aku dihadapan Baitullah..mata yg tak puas dan tak akan pernah puas menatap wajah yg menjadi kiblat umat dari seluruh pelosok ceruk rantau dunia..mata yang membasah setiap kali memandang tempat yg paling suci di dunia...bibir yg mengeletar menuturkan zikrullah memohon agar digugurkan dosa2 setiap kali langkah menuju masuk pintu-pintu masjid dari pelbagai arah..

Tawaf wada'...menandakan aku harus meninggalkan segera Bumi Mekah Al-Mukarramah..berat betul rasanya kaki utk melangkah..berkali2 langkah bersanggah..kerana di sinilah kasih ku sudah tertumpah...Tiada kata2 yg dpt digambarkan betapa kesedihan membarah dlm setiap urat nadi ku sewaktu itu..Ya Allah..luaskan dan murahkanlah rezekiku ..agar RumahMu inilah yg akan menjadi setiap kali destinasi kerinduanku pada Mu dan kalau ada rezeki dan ada keizinan Mu..juga menjadi RUMAH TERAKHIRKU....


Masjid Nabawi...

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Mencukupkan 40 waktu di Masjid Nabawi menjadi impian setiap jemaah saban tahun..bukan setakat ganjaran pahala diburu sekelian umat malah lebih daripada itu.Jiwa terasa dekat dengan Baginda Rasulullah SAW..berada di Raudhah,meruntun jiwa..terasa hiba memohon syafaat Baginda atas segala palitan dosa dan noda.."Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau"...InsyaAllah pasti akan kembali lagi menghuni tanah barakah ini....

Empat bulan terakhir bersama Mak tersayang....


13 Okt 2010..Saat2 yang paling dinanti2kan utk menjadi tetamu Allah..kesyukuran dan gembira yg tak dapat nak digambarkan dgn apa jua perkataan waima bahasa sekalipun..perjalananan keluar dari gubukasih di Tmn Pinggiran Golf,Seremban diiringi oleh sebahagian keluarga ke Kelana Jaya dgn tiada sebarang halangan dan rintangan..Allah permudahkan sebuah perjalanan permusafiran..

Dlm kenderaan bersama suami,abang ipar,mak dan anak bongsu..mak sempat berpesan akan perjalanan di Tanah Suci..bersabar dgn segala ujian dan dugaan mendatang..walaupun mak tidak menuturkan banyak..jauh disudut hati dan jauh renungannya serta bahasa tubuhnya..dapat aku baca dan aku mengertikan betapa redhanya emak menghantar aku pergi dengan dadanya yg lapang..

Begitu jualah yg aku dan suami ku rasakan..anak2 berada dibawah pengawasan oleh mereka
yg sgt kami percaya..Mak dan anak saudaraku yg byk aku terhutang budi padanya..Aien..Betapa mak bahagia perjalanan ku Allah permudahkan berkat rezeki jua yg Allah limpahkan kpd kakak tersayang DS Hamidah Khamis..Pasrahnya aku pada sebuah pemusafiran,kerana ketenangan itu sudah aku peroleh sebelum kaki menjejak bumi barakah Madinah al-Munawarrah dan Mekah al-Mukarramah...Dahsyatnya dan terkesannya DOA daripada seorang IBU!!

Tangisan di saat2 perpisahan...antara kesedihan dan kegembiraan saling menyapa.Yang ditinggalkan terutama anak2 tersyg..Along,Angah,Kak Lang,Kak Chik dan Nabil..pesanan yg juga berupa wasiat supaya jaga diri dan pandai membawa diri sekiranya antara kami ada yg tak kembali..Along yg menjadi tunjang utk menggalas tanggungjawab semasa ketiadaan ibu abah disisi.....Dan yg paling terkesan apabila sang ibu berkata..."pergilah..jgn kau risaukan anak2..dapat mak sihat sampai kau balik cukuplah...dpt mak tengok2 dan temankan budak2 ni"...

Empat bulan terakhir bersama Mak...sesungguhnya mmg nyata akan perubahan dari segi tutur kata dan gerak lakunya...aku imbas kembali tarikh keramat ini 13 hb Okt 2010..berangkatnya aku ke Tanah Suci...13 hb Januari 2011,Mak dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan pernafasan dan 13 Februari 2011 Mak kembali kepada PenciptaNya...SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH YG MAHA MENGETAHUI DENGAN SEGALA APA YG TIDAK KITA KETAHUI....


Di sini ' gubukasih'yg mengumpal segala kenangan yg sangat rencam..tetapi bermula atas dasar kasih sayang yg memadukan semua insan yg menjadi penghuninya.Biarpun peralihan masa yg membawa masing2 pada tuju hala yang tersendiri,'gubukasih' inilah yg menemukan segala suka duka,pahit maung,bahagia derita...kerana adunan itulah yg menjadi rempah ratus manisnya kehidupan.
Bermula dengan selangkah dari gubukasih..mengorak perjalanan yang sangat jauh..walaupun belum luasnya pandangan,tetapi perjalanan sudah bermula..dan akan ada titik hentiannya....Ayah dan Mak bermula dari sebuah gubukasih yg tak punya apa2..hanya yang ada anak2 yang akan meneruskan perjalanan sebuah generasi dan legasi...Perjalanan ayah terhenti dikala usia menjejak 63..manakala mak menyusul 15 tahun berikutnya (13 Feb 2011)..meninggalkan gubukasih yg semakin suram....ayah tak sempat berpesan...mak juga tak sempat berpesan dan memandang...Semoga damai ayah dan mak di sana..menjadi org2 yg dikasihiNYA bersama para solihin dan syuhada...InsyaAllah gubukasih setiap anak2 akan kami sinarkan dengan sumbu kasih syg..biarpun cahayanya yg kelam tetapi cukup menerangi perjalanan kehidupan..Itu lebih baik daripada terang dan cantik kilauan bunga api yg pastinya tak akan bertahan....Ayah...Mak.!!.sebenarnya perjalanan kami baru bermula ,langkah kami baru bertapak setelah ketiadaan mak dan ayah..kerana kami kini bersendirian membentuk gubukasih yg kalian tinggalkan...