A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Sunday, March 20, 2011

Kerana Mata...


Assalam..sebelum aku cetuskan rasa hati tentang tajuk entri kali ini...Kerana Mata..,kepuasan yang aku rasakan selepas seminggu seperti ada tekanan terubat jua. Kalau gempa dan tsunami itu kesannya amat menyayat..aku rasakan gelombang yg ada dalam diri aku tak dapat aku gambarkan dengan seribu..sejuta..berbillion trillion kehancuran..Kesyahduan bila berada di pusara bonda..tanpa sedar mengalir lesu air mata yg membawa semua kedukaan..keluarlah duka..mengalirlah lara.. Mata yang memandang dengan bahu yg memikul tak sama bebannya...bagi yg belum merasa kehilangan..tak kan faham apanya apa ertinya tiada..Rindu pada yang TIADA akan membuka ruang minda..siapakah lagi yg akan menyayangi ,mencintai...kerana kasihnya IBU juga"unconditional love"..yg tidak meletakan syarat apa2 walaupun apa sekalipun kecacatan rohani jasmani anaknya....

Aku tertarik pada satu ruang dalam akhbar Berita Harian Sabtu 19 Mac 2011 yg ingin aku kongsi bersama..Kerana Mata...Terus Jatuh Cinta atau Beri Ruang Kenal Diri ??? Pelbagai respond yang diberi..rata2 daripada golongan yg berusia 20 an dan awal 30an...Persepsi dari kaca mata anak2 muda...Beri Ruang Kenal Diri...Diri siapa yg harus kita bukakan ruang di sini? Ruang utk mengenali orang yg ingin dikenalikah...atau ruang utk mengenali diri sendiri supaya kita tidak akan mengelirukan diri sendiri......Setiap individu mempunyai persepsi dan interpretasi...Bagaimana dari sudut pandangan ibu bapa? Apa pula pendapat pakar2 yg ahli dalam bidang psikologi dan ilmu2 agama..

Selalunya persoalan2 yg dianggap remeh boleh menimbulkan konflik..Begini sajalah,aku memilih melihatnya dari kaca mata ku sendiri..sebagai ibu yg mempunyai anak2 yg semakin membesar yg akan melalui saat2 getir dalam perjalanan kehidupan remajanya. Kalau disingkap dan kita menoleh kebelakang zaman ibu bapa dahulu kala..adakah persoalan Terus Jatuh Cinta @ diberi peluang utk mengenali pasangan? Pastinya rata2 yg mengatakan soal jodoh selain ketentuan daripada Allah SWT (..jodoh di tangan Tuhan dan manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan...),jodoh juga ditentukan oleh orgtua mereka. Sungguhpun cinta mereka hanya hadir setelah berada dalam perkahwinan..mengenali,menyeimbangi antara kekuatan dan kelemahan..cinta mereka subur,kekal sehinggalah cangkul dan tanah yg memisahkan.

Persengketaan yg sememangnya menjadi asam garam perencah penyedap kehidupan..mereka mengembangkan zuriat dan keturunan..( arwah emak semasa sihat pernah berpesan..kalau mak mati tanamkan mak sebelah kubur ayah kau!!Sehinggakan tanah kubur di sebelah ayah tak dibenarkan sesiapapun dikebumikan di situ..reserved to herself..Hinggalah setiap kali org meninggal,itulah ingatan mak berulang2...Dan kini mak kami semadikan disebelah ayah mengikut kehendak dan kemahuannya Semoga mak dan ayah tenang di sana sehingga hari kita dibangkitkan semula.Wallahu'alam...MasyaAllah!!..walaupun seumur hidupku yg kini menginjak 46 tahun,belum sekalipun aku melihat perlakuan2 yg menunjukkan cinta antara mereka berdua..apa tah kemesraan dan kemanjaan..Jodoh mak dan ayah ditentukan oleh org tua..tapi yang benarnya jodoh mereka sememangnya ketentuan Tuhan...)

Kami anak2 diberikan kebebasan memilih pasangan ..(mak dan ayah tidak berpendidikan tinggi..) lantaran mereka cukup faham bahawa anak2 perlu diberikan ruang utk mengenali diri pasangan hidup sendiri..supaya kelak mereka tidak akan disesali kemudian hari. Ibarat lagu lama R.Azmi yg dilagukan semula oleh Sudirman..
"Dari kerana mata..yang mempunyai kuasa..ooo aku tergoda..aku tergoda...terkecewa..."(maaf tak berapa ingat lirik..sila google sendiri..) Kuasa mata yg bagaikan magnet membuatkan seseorg itu melekat dan terlekat hatinya. Selalunya kita mempercayai apa yg mata kita perlihatkan..bagi yg mempunyai mata!!.Sempurna pancaindera... Bagaimana dengan mereka yang sememangnya buta sejak azali???.....

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf ucapan Syaidina Ali bin Abi Talib yang pernah berkata....
"Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja,siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja,siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"

Ungkapan ini boleh kita tafsirkan dari pelbagai sudut pandangan kehidupan..Pada zaman Syaidina Ali,ia mungkin merujuk kepada musuh2 dalam Islam..yg diperangi akibat daripada kemungkaran mereka pada Allah SWT dan memusuhi Rusulullah s.a.w serta syiar Islam yg dibawa baginda.

Jika diaplikasi dari sudut pandangan dalam menjalin perhubungan,...nah !!!kuasa mata yg mencetuskan satu naluri berseni dan tersembunyi (ada ker??? remaja sekarang straight foward...menuturkan ucapan sayang semudah ABC jer...) Kesempurnaan hanya dinilai dari nilaian mata kasarnya sahaja..cantik,lawa,comel..cun..kacak,tampan,ensem....tapi apa pulak nilaian dalamam..tak nampak,tidak dinampakkan??? Kerana apa?? sebabnya masing2 tidak menjadi diri sendiri tetapi cuba menjadi orang lain...Anak2ku dan anak2 di luar sana..ubahlah stigma..kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"Aku meninggalkan kamu dua perkara,tidak akan sesat selama2nya sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya :kitab Allah dan sunah Rasul-Nya " (Riwayat Malik)

Aduhai anak2ku..jika ujian cinta dan berkasih sayang itu berat..yg akan memberatkan perjalanan hidup mu...jangan keluh kesah.Dua sumber yang agung inilah yang akan memberikan garis panduan menguruskannya.Islam adalah agama fitrah yang tak mungkin akan membunuh fitrah..Islam memandu kita utk menyalurkan secara mulia,terhormat dan bermaruah..Cari lah keredhaan ibu bapa,kelak dirimu juga akan mendapat keredhaan Allah SWT.

(Memetik daripada potongan doa Ustaz Muhammad Noor)
"
Ya Allah,kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar,buta mata hati adalah seburu-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada hamba-Mu di muka bumi ini. Amin ya Rabbal 'alamin."


Ingatlah anak2 ibu yg ibu kasihi..setelah ibu ditinggali oleh seorang IBU yang amat ibu kasihi..ibu kini mengerti betapa kasih sayang dan cinta seorang ibu ibarat lautan yang tak bertepi..seluas dan sedalam lautan yg tak daya nak diselami....Selagi tidak didatangi gelombang yang menggila...tsunami yg tak terperi ngerinya...seorang ibu pada dasarnya ibaratkan lautan yang pada waktu tenangnya..setenang air yg tidak berkocak...tetapi kalau terdaya diselami jauh di dasar dan sudut hatinya...terlalu banyak yg tersimpan ibarat lautan yang menyimpan seribu macam rahsia kehidupan. Wallahu'alam....







No comments:

Post a Comment