A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Friday, March 18, 2011

Bisikan pagi ...(bingkisan motivasi pagi IKIM..)

Dalam perjalanan pulang dari Kajang menuju Seremban awal pagi, pakar motivasi pada pagi Jumaat yg barakah ini juga membicarakan topik yg menjadi keutamaan ku pada entri2 yg lepas..masih lagi membicarakan hal2 yg sama..kebetulan yg sememangnya adalah kebenaran belaka,maka..berpesan2 dengan kebenaran....Keharmonian..keseimbangan dan kejayaan..konteks yg amat luas dan dilihat dan dinilai daripada kaca mata setiap insan. Secara rumusan bingkisan tadi..masih menekankan 'keredhaan' ibu bapa utk mencapai keharmonian,keseimbangan hidup seterusnya kejayaan yg hakiki dunia akhirat.

Sebagai ibu,isteri...yg melihat dari sorot pandangannya yg secara lahiriah sebagai wanita..juga menuntut kebertanggungjawaban agar setiap inci perlakuan , tutur kata bicara dan bahasa badannya dijadikan contoh teladan...mudah2an anak2 yg selalu melihat kebaikan ibunya mencontohi sikap dan perbuatan tersebut...Buat ingatan diri ku dan ibu2 di luar sana...

1. Selalu mendoakan kebaikan untuk anaknya
2. Selalu bersyukur kepada Allah apabila memperoleh kenikmatan
3. Bersabar sewaktu menghadapi musibah dan kesusahan
4. Tawakal dalam melaksanakan sebarang pekerjaan
5. Selalu bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah
6. Saling menolong dalam kebaikan
7. Segera bertaubat apabila terlanjur berbuat dosa
8. Mengeratkan silaturahim antara keluarga ibu dan bapa
9. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan kepada sesiapa sahaja
10.Selalu mendirikan solat berjemaah dan mengerjakan solat tahajud
11.Saling memberi dan meminta maaf apabila rasa bersalah

Seorang isteri dan ibu yang berjaya......

1. Selalu menambah ilmu
2. Selalu memberi teladan
3. Ikhlas hatinya
4. Isteri yang baik
5. Bersifat lemah lembut

Demikian mudah bagi sorang isteri utk mendapatkan pahala apatah lagi balasan syurga...Syurga yang bermula drpd 'syurga dunia' yg tak kira apa pun bentuk rupanya..dari sebuah gubuk..dari sebuah mahligai..itulah "Baiti Jannati" ...Rumahku Syurgaku....

Aku tidak ingin membicarakan soal hak di sini...kerana persoalan hak yg tidak didasari dengan iman dan takqwa akan membawa kepada seribu dalih yang tak berkesudahan..Pada aku.."what you give,you get back"..maksudnya jika masing2 di dalam keluarga melaksanakan tanggungjawab atas kesedaran bukan paksaan (kdg2 paksaan itu perlu utk tujuan menyedarkan...)keharmonian dan keseimbangan akan dpt diwujudkan...Bagaimana nak wujudkan keseimbangan dan keharmonian jika ingin menerima tetapi lokek untuk memberi.....???? Fikir2kanlah ...(peringatan buat si penulis blog yg juga kdg2 tersasar drpd landasannya...)

Aku memetik daripada artikel yg pernah aku baca(aku olah supaya lebih santai) daripada seorang pakar motivasi yg meninggalkan kesan yg sangat mendalam sehingga membuatkan aku bermuhasabah ...untuk diri ku sendiri...untuk anak2ku yg suatu hari nanti akan menjadi suami atau isteri..bahawa perjalanan hidup kita tidak hanya semata2 memburu syurga duniawi kerana yg lebih nikmatnya adalah syurga abadi....

"Unconditional Love"...cinta tanpa alasan dan balasan....Kekasih terbaik tidak mengira berapa banyak balasan daripada apa yang telah mereka berikan .Ertinya,hanya orang yang percaya kepada Allah dan beriman kepada-Nya sahaja yg dapat mempraktikkan cinta ini dengan penuh keikhlasan..Dan inilah cinta orang beriman...cinta tahap tinggi!!!!

Kerana orang yang beriman berbuat apa saja hanya semata-mata kerana Allah bukan mengharapkan balasan manusia sekalipun daripada pasangan hidup. Contoh yang diberikan apabila pasangan sering mendoakan kesejahteraan,kesihatan,murah rezeki dan ketenangan hati pasangan masing2 tanpa pengetahuan mereka,...inilah tradisi dan unsur2 soleh dan solehah..tetapi ia tidak mudah kerana perbuatan baik ini kita dilakukan secara seni dan tersembunyi..(tak kan kita nak beritahu setiap solat kita ada mendoakan utk pasangan kita kan???? ada...?????) Sifat mendoakan pasangan di luar pengetahuan inilah dikatan latihan utama bagi kita utk mempraktikan" unconditional love".

Inilah kunci kasih sayang dalam rumah tangga yang mawaddah wa rahmah...iaitu mempraktikkan kasih sayang tanpa syarat dan tanpa balasan atau memberi dan menerima kasih sayang kerana Allah.

Orang yang memberi akan mendapat banyak,lebih baik dan lebih kekal walaupun bukan niat merea ketika mula memberi.Untuk mereka ada syurga rumah tangga di sini, dan ada syurga yang abadi menunggu di akhirat kelak.

Inilah sebenar2 tanggungjawab yg harus dilaksanakan...beristiqamah dengannya...putaran hidup yg bagaikan roda..dari tanggung jawab seorang anak..drpd anak menjadi ibu dan bapa...sebagai individu yg berkerjaya atau pun tidak semua adalah sama,kerana tanggung jawab2 yg harus digalasi ini adalah fitrah kejadian manusia. Dan yang paling utama yg mengatasi segala2nya adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT ...Allah melihat manusia itu sama sahaja..tetapi yg membezakan antara manusia itu adalah KETAQWAAN mereka kepada PenciptaNYA.

Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a daripada Ubadah bin al-Samit...di riwayatkan oleh Ahmad....

Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman :
"Cinta-Ku berhak untuk orang bercinta kerana-Ku..cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."


Wallah'ualam....sama2lah kita renungkan wahai anak2 ku..jangan tersilau dengan kilauan yg menyesatkan. Jagalah batasan..akurlah pada syariat..Cinta itu indah..maka pandanglah cinta itu dengan IMAN....(Aku yg pernah sesat..dan aku sama sekali tak menyesatkan zuriat generasi ku...Ya Allah Ya Rabb...Kau ampunilah akan dosa2ku masa lalu kerana aku terlalu jauh daripada Mu waktu itu...Ya Rahman Ya Rahim..kau terimalah taubat sesungguh taubat dari ku kerana aku kini mahu terus hidup atas limpahan kasih sayang dan rahmat Mu..kau lindungilah anak2 zuriat keturunan ku,saudara maraku yg mempunyai pertalian darah denganku...saudara-saudara se Islam ku,jadikanlah kami umatMu yg kuat dan bersatu padu,berkasih sayang dalam menegakkan syiar Mu......Amin Ya rabbal alamin...)







No comments:

Post a Comment