A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Monday, May 16, 2011

sekeping coklat dan ucapan hari guru...


cikgu..sekeping coklat buatmu
hitam pekat,kelat dan tidak begitu manis..
hanya ini yg terlintas untuk mu
pada hari yg sangat bersejarah ini
mengapa coklat hitam pekat dan kelat
aku pun tak tau cikgu..
bukan aku ingin menambah gula dalam darahmu
bukan aku mahu menambah manis kencingmu
juga bukan inginkan tekanan pada nadi mu..
tapi coklat yg hitam pekat dan kelat
juga samasekali tidak manis
ku lambangkan dirimu cikgu..
biar hitam pekat
tapi hati mu tetap putih suci bak kain putih
terkadang kata-kata mu utk sekian kalinya aku terima.
kelat..pahit dan semestinya kurang manis
berbekas bak jadam yg bertahun tak kan hilang lekat di tekak
tapi pahit..kelat itulah penyembuhnya
pada segala kesakitan keperitan kejerihan kepayahan
pembakar semangat yg turun naik tak menentu
cikgu..setiap kali 16 Mei datang bertamu
aku melihat diri mu dalam diri ku
dalam menyusuri separuh abad ini...di manakah kau cikgu?
tak mampu tangan ini menghulurkan sekeping coklat hitam kelat kesukaanmu
mungkinkah dirimu menderita saat ini
atau sudah pergi menyahut panggilan Illahi..
merenungi sekeping coklat hitam pekat kelat kurang manis yg baru ku terima siang tadi..
bersama butiran tasbih di tangan kanan ku
getaran dari ulas bibir yg menuturkan kalimah2 suci
meniti lesu butiran manik air bening dari kolam mata
semoga jasa dan pengorbanan ikhlas mu
adalah cahaya yg akan menjadi
bekalan mu di sana nanti...
cikgu..kini aku juga menerima
sekeping coklat dan ucapan Selamat hari Guru pada tarikh keramat ini...
coklat yang kelat serta kasih sayang seorang guru
di situlah manisnya bertemu....

nukilan:hjh.fadzalah
16 mei 2011
:)


Saturday, May 7, 2011

sehari sebelum 8 mei...

sambutan hari ibu
kali ini terasa kekurangannya
biarpun anak2 dengan wajah2 comel dan ceria
meraikan dengan kejutan2
yang sengaja dirancang..
terasa hari ni prihatin mereka berlebihan
dari biasa.....
sebagai ibu..tiada perkataan yg dpt mengambarkan
perasaan ketika itu
walaupun kali ini terpaksa aku
sembunyikan perasan sebenarku yg berat
sarat menanggung rindu pada
hangat pelukan dalam dakapan ibu....
aku rindu ibu....
aku terlalu rindu akan ibu ku
aku merindui ibu ku
mak...
kasih mu tetap subur
biar terdampar di tanah kering kontang dan gersang
kau campakkan kasih sayangmu
tetap bercambah benih dan pohon
yg subur biarpun ..
tanpa setitik air...
kasih mu tetap mewangi
sewangi kemboja yang tegak
merendangi rumah yang menjadi
rumah persinggahan terakhir mu...
kasih,sayang dan cinta mu kepada ku..
meremajakan,
mendewasakan...
mematangkan..........
pada sebuah perjalanan yg masih panjang.....



Thursday, May 5, 2011


kejayaan itu adalah
sebuah perjalanan yang panjang
dan perjalanan yg panjang itu
tak akan menentukan batas sempadan
destinasi terakhir
yg perlu kita sampai
sekiranya kejayaan masih menunggu kita di depan
teruskan perjalanan
jika kejayaan menunggu di sepanjang perjalanan
mengapa dibiarkan peluang
daripada tersia2 begitu saja..
cuma..manusia yg tak pernah jemu dan puas
memburu kejayaan demi kejayaan
atas alasan yg tersendiri..
berhati2lah agar kejayaan yg diburu
dan sering diimpikan
akan menjadi kemusnahan
kepada insan2 tersayang
yg memerlukan belaian dan perhatian..
apa gunanya kejayaan
sekiranya ia akan berakhir dengan kehancuran
ia sepatutnya bukan destinasi
dan ianya bukan perhentian
antara dunia dan akhirat
perlu ada keseimbangan......
mencari dunia itu tanggungan...
bersedia untuk disoal diakhirat dan menjawab di hadapan Allah SWT
itu pasti....

~~wallahualam~~


ketekunan
ketabahan
dan
istiqomah
pastinya akan membuahkan
kemanisan yang akan dinikmati
sepanjang hayat
kekuatan bukan terletak pada keupayaan fizikal
tapi pada keupayaan
dan kekuatan mental
jiwa dan rohani
dalam mendepani segala permasalahan
dan kekuatan ini hanya akan kita perolehi
jika kita kembalikan diri kita
berpegang pada yang Esa
Khalik..Allah SWT..

~~wallahuallam~~



sememangnya
dalam kehidupan ini
kita akan temui banyak pilihan
tetapi
dalam banyak pilihan itu
hanya satu ..
yg akan benar2 terlekat
dalam jiwa dan minda kita...
burulah impian itu
tetapi
dalam memburu impian
berhati-hati
supaya kita tidak terlalu obses
utk memiliki impian tersebut
Allah Maha Mengetahui Segala2nya
apa yang baik pada kita
sebenarnya akan mendatangkan sebaliknya
begitu juga apa yg tidak baik pada kita
sebenarnya ..itulah yg terbaik buat kita...........

~~wallahualam~~

Musim Cinta Sudah Berlalu....


di petik dan diubahsuai daripada Solusi..ruang Soal Cinta..

Perkahwinan dimulakan oleh
sebuah cinta,tetapi hanya disempurnakan
oleh satu tanggungjawab....

Cinta & Tanggungjawab
cinta tidak boleh terpisah daripada tanggungjawab.
Gabungan kedua-duanya melahirkan rumah tangga yang bahagia.
Jika ada cinta tetapi tiada rasa tanggungjawab,lambat laun cinta akan luntur dan rumah tangga akan berkubur.
Sebaliknya,jika ada tanggungjawab tetapi tidak ada rasa cinta,maka hilanglah seri dan
kemanisan sebuah rumah tangga. Umpama hidup segan mati tak mahu.

Rumah tangga hakikatnya ialah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala
dan keredhaan-Nya.
Bukan cinta isteri atau suami yang menjadi matlamatnya,tetapi itu hanya alat.
Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat.
Ertinya,cintanya suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.
Apabila ini menjadi asas dan terasnya,
maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggungjawab

Personal view:
.....sentiasalah muhasabah diri dalam gelanggang muhajadah ini(rumah tangga).
Adakalanya terlepas pandang disebabkan kebiasaan2 setelah berbelas..
puluhan tahun menjadi rutin dlm kehidupan seharian.
Apabila ianya menjadi fenomena 'tak pe'
kita lupa yg sebenarnya kita menimbun sekam
yg masih berbara.
Yang lebih bahaya kerana ia makan sedikit demi sedikit..
dan adalah lebih mudah kalau kita semmg nampak api yg marak menyala.
Apb kesuaman sahaja yg kini berada di hujung2 usia..
bebanan,masalah dan mimpi yg dah tak seindah
musim2 menyemai dan menuai
garis2 senyum perlu terus diukir
komunikasi terus dipugar
sewaktu musim cinta yg makin berlalu..
namun masih boleh diberi nilai tambah keseniannya
dengan menggabungkan cinta & tanggungjawab
yang lebih besar...lebih agung
satu-satunya
kepada Khalik (Allah)....

~~Wallahualam~~