A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Tuesday, January 7, 2014

MIRACLE WILL COME...


KEAJAIBAN ITU HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN
KEKUATAN MANUSIA HANYALAH
DOA YANG TAK PERNAH PUTUS...





JODOH ITU RAHSIA ALLAH



SEBELUM IJAB DAN QABUL TERLAFAZ 
ADAKAH KITA PASTI SIAPAKAH JODOH KITA
BERJANJI TAPI HANYA UNTUK DIKHIANATI
JANJI ALLAH JUA YANG PASTI....






Thursday, November 7, 2013

Episod Peperiksaan Bermula........

Bermulalah episod yang paling mendebarkan kepada seluruh pelajar apabila menjelang November. Segala ilmu yang diempang sepanjang tahun akan pecah..mengalir laju di atas lautan kertas-kertas kosong...yang akhirnya penuh dengan lambakan idea ..fakta..memuntahkan lahar formula yang sekian lama terpendam untuk diaplikasikan.

Gugup,gementar hanya mereka sahaja yang tahu. Yang bersedia..yang terkial-kial mencari arah.tetap kepada matlamat yang satu. Usaha..doa..usaha...dan akhirnya tawakal sahajalah pada yang Esa. Semoga mendapat keberkatan sepanjang pencarian ilmu dan semoga berjaya dalam menuju puncak yang dicita-citakan.

Kepada semua anak-anak pelajar ku...cikgu halalkan ilmu yang telah cikgu curahkan selama ini...adakalanya ilmu yang diberikan tak kan kamu jumpa dalam mana-mana buku ataupun silibus subjek yang cikgu ajar. Ilmu kehidupan realiti yang menunggu kamu diluar sana nnti adalah medan segala buku untuk kamu menimba pengalaman...kerana pengalaman yang kamu perolehi nnti adalah adaptasi daripada semua buku di dunia ini...

Semoga sukses dalam hidup...kerana kejayaan kamu adalah kejayaan dan kebanggaan cikgu....Cikgu sayang kamu kerana Alllah SWT dan kerana ini adalah amanah yang cikgu pikul dan akan diperhitung dan dinisab di sana kelak.....Tiada apa yg cikgu harapkan daripada kamu...jika adapun sedikit titipan doa daripada kamu semua bekas pelajar cikgu...doakan cikgu sihat untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini sehinggalah sampai waktunya cikgu harus meninggalkan profesion mulia ini...persaraan wajib yang tinggal tak sampai 10 tahun lagi.....

Salam sayang daripada cikgu ........

Wednesday, September 18, 2013

Pabila gugur daun syurga....

Apabila gugur daun di syurga...tanpa lengah sesaat pun,janji Allah itu pasti dtg menjemput..kematian! Life is too short...tapi yg benarnya kita tak tahu panjang atau pendeknya waktu krn semuanya adalah rahsia Allah SWT..yg pasti kematian itu pasti. Samada kita bersedia atau tidak,cukup bekalan atau tidak... Betapa dapat kita bayangkan orang yang kita sayang,baru sahaja kita bersembang,bergurau,bergaduh...bangun sahaja waktu pagi org yg berada di sebelah kita sudah dipanggil Illahi,meninggalkan kita buat selama-lamanya.Apakah perasaan ketika itu ye...mimpi kah aku? atau itulah hakikat yg harus kita terima ..

Mendapat berita yang mengejutkan pagi tadi tentang suami rakan sekerja,Siti Norbaya yg meninggal dunia secara mengejut membuatkan aku terpempan seketika,terus teringatkan suami yg sedang berkursus di Melaka. Semoga Allah melindungi suamiku dalam apa keadaan sekalipun..Berbalik kepada kisah adik ku Siti Norbaya,semoga Allah beri dia kekuatan dalam menghadapi dugaan yg sangat berat ini. Dalam saat2 yg sememangnya dia tidak bersedia ...memang sgt jelas drpd perlakuan dan setiap patah kata yg keluar dari mulutnya...Mmg berat mata yang memandang..apatah lagi bahu yang memikul..Cuma sebagai sahabat yg ibarat cubit paha kanan kiri pun terasa..kesedihan dan kepedihan itu perlu dikongsi bersama. Setidak2nya dunia kita tidaklah seperti kehilangan cahayanya..sekurang2nya adalah bahu utk disandarkan dan telinga yg dpt mendengar semua luahan.

Menangislah adikku...menangislah sepuas2nya..supaya benar2 kering airmata mu dan selepas ini tak akan ada lagi airmata yg bersisa..Perjalanan hidup yg harus ditempuhi masih panjang bersama amanah yg arwah tinggalkan...Sebagai sahabat ,juga lebih sebagai kakak..turut mendoakan semoga adik kuat dalam mendepani masa depan sebagai ibu tunggal. Semoga adikku tabah dan terus bersabar menerima dugaan Allah ini, dari Dia kita datang...kepada Dia harus kita dikembalikan. Dalam waktu terdekat ini memanglah adik akan terasa..tetapi ingatlah kasih syg Allah adalah kasih yg abadi..terus mencari dan mendapatkan kasih syg drp Allah...jiwa akan tenang. Juga semoga urusan perpindahan adik utk lebih dekat bersama keluarga akan mendapat perhatian dan pertimbangan yg sewajarnya daripada pihak pentadbir.Amin.

Mengambil ikhtibar dari insiden ini aku perlu lebih banyak muhasabah diri,menjadikan amalan dan terus istiqamah dgn amalan meminta maaf serta memaafkan pada semua khususnya ahli keluarga sebab kita tak tahu apa yg berlaku semasa kita tidur...adakah tidur itu lah tidur yg panjang kita.Tidur yg bukan lagi kematian kecil tetapi kematian yang hakiki. Semoga Allah memberikan kekuatan iman  dan sentiasa redha dengan semua ketentuanNya. Wallahualam...

Tuesday, September 17, 2013

Speedy recovery dekkay....

Tanggal 15 Sept 2013...dekkay berlepas ke melbourne utk rawatan susulan di sana. Penerbangan ehsan daripada rakan taulan yg sanggup susah bersama keluarga kakak ku...semoga Allah murahkan lagi rezeki mereka yg membantu...Suasana pagi hari Ahad agak meriah di Country Height dengan kehadiran sahabat handai yg ingin bersama keluarga ini sebelum mereka berlepas. Bacaan doa daripada Ustaz Shahrizal membuatkan hati sebak dan sayu...Amin..semoga Allah permudahkan urusan keluarga kakakku  dan sekembalinya dekkay ke tanah air ...akan membawa perubahan yang positif...Cepat sembuh dekkay....dan inshaAllah selepas ini kami ingin melihat dekkay bahagia di samping orang yg dapat membahagiankan dekkay..Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada Meana...

Thursday, September 12, 2013

Enggang dan pipit....

Entri tentang dua jenis burung tapi dari spesis yang sama...dalam pepatah melayu,manakan enggang boleh terbang bersama pipit...memang nmpk janggal...klu ada pun ketidakserasian itu tetap terasa walaupun cuba disembunyikan..Tapi siapa yg cipta pandanganan sedemikian...bukankah manusia.Sedangkan pada mata Allah manusia hambanya semua adalah sama...hanya yg membezakan mereka adalah takwa dan iman..

Biarlah pipit terbang bebas walaupun sayap tak seluas enggang
biarkan pipit mematuk dengan paruhnya yg kecil
biarkan pipit melihat dengan matanya yang kecil
kerana pipit akan melihat sesuatu yang besar
yang pastinya pipit tidak terbelenggu dengan keegoaan enggang..
berbahagialah pipit kerana dapat mencelah ke pelosok dunia
menelusi sebesar-besar lowongan hingga sekecil-kecil lubang...


Upsr oh upsr....

Entri ni ttg bdk2 yg menduduki pepriksaan UPSR...antara ribuan calon,antaranya adalah anak bujang bungsu aku...Hari ni hari terakhir sehingga pukul 4.30 utk kertas ujian aptitute...bagaimanalah keadaan dia dlm saat menghadapi setiap kertas peperiksaan..Sebagai ibu antara ribuan ibu diluar sana hanya mengharapkan yang terbaik buat anak tersyg...Semoga usaha gigih para guru sekolah..ibu bapa dan pelajar itu sendiri mendapat rahmat dan keberkatan drp Illahi...Terima kasih yg tidak terhingga buat semua guru SK Ampangan yg telah mengajar anakku dengan semangat juang yg sgt tinggi tanpa  jemu...sanggup mengorbankan masa cuti dan kebersamaan keluarga demi anak murid dan sekolah tercinta. Jika Allah mahu beri kejayaan ..InshaAllah kejayaan akan kita genggam sebagai sekolah terbilang...

Buat anakku Ahmad Mirza Nabil..nama indah yg penuh dengan makna yg baik,semoga ia menjadi doa setiap mereka yg memanggilmu dengan nama itu.Jadilah anak yg satu hari nnti akan menjadi kebanggaan keluarga...setidak2nya imam yg akan menjemaahkan solat terakhir buat ibu abah dan yg membacakan talqin pada rumah terakhir kami nnti. Ahmad Mirza Nabil..maafkan ibu,kerana dalam kadangkala keras ibu mendidikmu ,ibu sangat mencintai dan menyayangi kamu..Ibu mahu yg baik..hanya yg terbaik buat anak2 ibu..Ibu mahu menjadikan kamu sebagai seorang lelaki yg boleh dipertanggungjawabkan dalam memimpin keluarga pada masa akan datang...

Ingat anakku..kejayaan bukan diukur pada berjelanya ijazah,master dan PHD..tetapi ketakwaan dan keimanan mu terhadap Khaliq mu..Allah SWT..Adik akan membantu ibu dan abah di alam barzakh nnti..meringankan beban kami smpailah tiupan sangkakala yg meranapkan seluruh isi bumi..
Siapa pn adik...apa pun adik..adik tetap anak ibu yg ibu sayang..

Upsr hanyalah ujian pertama...ujian Allah tak pernah ada batas ruang dan waktu..bersedialah dgn penuh kekuatan dan redha..