A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan Kareem 1433H..

Assalamualaikum...

1 Ramadhan 1433H jatuh bersamaan hari Sabtu 21 Julai 2012..seluruh umat Islam memanjat rasa kesyukuran kerana bertemu sekali lagi Ramadhan pada tahun ini..bulan yang penuh barakah dan maghrifah...Bulan inilah yang dinanti2kan untuk mengandakan pahala kerana ganjaran yang dijanjikan sangat berlipat2 ganda...syaratnya kenalah berusaha kearah itu..jangan puasa sahaja tapi tanpa membawa apa2 makna....itu yg selalu aku tekankan pd diri sendiri dan keluarga..khususnya anak2..Disamping melaksanakan perintah yg diwajibkan ...amalan2 sunat juga sepatutnya digandakan...keampunan sentiasa basah di bibir Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya...

Ramadhan kali ini juga jatuh pada hari yang sama sambutan kelahiran ku.....semoga ada keberkatannya di situ..apatah lagi menerima ucapan serta doa daripada keluarga yang tersayang serta mereka yg mendoakan...Semoga Allah juga memberkati mereka...Amin.