A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Thursday, November 7, 2013

Episod Peperiksaan Bermula........

Bermulalah episod yang paling mendebarkan kepada seluruh pelajar apabila menjelang November. Segala ilmu yang diempang sepanjang tahun akan pecah..mengalir laju di atas lautan kertas-kertas kosong...yang akhirnya penuh dengan lambakan idea ..fakta..memuntahkan lahar formula yang sekian lama terpendam untuk diaplikasikan.

Gugup,gementar hanya mereka sahaja yang tahu. Yang bersedia..yang terkial-kial mencari arah.tetap kepada matlamat yang satu. Usaha..doa..usaha...dan akhirnya tawakal sahajalah pada yang Esa. Semoga mendapat keberkatan sepanjang pencarian ilmu dan semoga berjaya dalam menuju puncak yang dicita-citakan.

Kepada semua anak-anak pelajar ku...cikgu halalkan ilmu yang telah cikgu curahkan selama ini...adakalanya ilmu yang diberikan tak kan kamu jumpa dalam mana-mana buku ataupun silibus subjek yang cikgu ajar. Ilmu kehidupan realiti yang menunggu kamu diluar sana nnti adalah medan segala buku untuk kamu menimba pengalaman...kerana pengalaman yang kamu perolehi nnti adalah adaptasi daripada semua buku di dunia ini...

Semoga sukses dalam hidup...kerana kejayaan kamu adalah kejayaan dan kebanggaan cikgu....Cikgu sayang kamu kerana Alllah SWT dan kerana ini adalah amanah yang cikgu pikul dan akan diperhitung dan dinisab di sana kelak.....Tiada apa yg cikgu harapkan daripada kamu...jika adapun sedikit titipan doa daripada kamu semua bekas pelajar cikgu...doakan cikgu sihat untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini sehinggalah sampai waktunya cikgu harus meninggalkan profesion mulia ini...persaraan wajib yang tinggal tak sampai 10 tahun lagi.....

Salam sayang daripada cikgu ........

Wednesday, September 18, 2013

Pabila gugur daun syurga....

Apabila gugur daun di syurga...tanpa lengah sesaat pun,janji Allah itu pasti dtg menjemput..kematian! Life is too short...tapi yg benarnya kita tak tahu panjang atau pendeknya waktu krn semuanya adalah rahsia Allah SWT..yg pasti kematian itu pasti. Samada kita bersedia atau tidak,cukup bekalan atau tidak... Betapa dapat kita bayangkan orang yang kita sayang,baru sahaja kita bersembang,bergurau,bergaduh...bangun sahaja waktu pagi org yg berada di sebelah kita sudah dipanggil Illahi,meninggalkan kita buat selama-lamanya.Apakah perasaan ketika itu ye...mimpi kah aku? atau itulah hakikat yg harus kita terima ..

Mendapat berita yang mengejutkan pagi tadi tentang suami rakan sekerja,Siti Norbaya yg meninggal dunia secara mengejut membuatkan aku terpempan seketika,terus teringatkan suami yg sedang berkursus di Melaka. Semoga Allah melindungi suamiku dalam apa keadaan sekalipun..Berbalik kepada kisah adik ku Siti Norbaya,semoga Allah beri dia kekuatan dalam menghadapi dugaan yg sangat berat ini. Dalam saat2 yg sememangnya dia tidak bersedia ...memang sgt jelas drpd perlakuan dan setiap patah kata yg keluar dari mulutnya...Mmg berat mata yang memandang..apatah lagi bahu yang memikul..Cuma sebagai sahabat yg ibarat cubit paha kanan kiri pun terasa..kesedihan dan kepedihan itu perlu dikongsi bersama. Setidak2nya dunia kita tidaklah seperti kehilangan cahayanya..sekurang2nya adalah bahu utk disandarkan dan telinga yg dpt mendengar semua luahan.

Menangislah adikku...menangislah sepuas2nya..supaya benar2 kering airmata mu dan selepas ini tak akan ada lagi airmata yg bersisa..Perjalanan hidup yg harus ditempuhi masih panjang bersama amanah yg arwah tinggalkan...Sebagai sahabat ,juga lebih sebagai kakak..turut mendoakan semoga adik kuat dalam mendepani masa depan sebagai ibu tunggal. Semoga adikku tabah dan terus bersabar menerima dugaan Allah ini, dari Dia kita datang...kepada Dia harus kita dikembalikan. Dalam waktu terdekat ini memanglah adik akan terasa..tetapi ingatlah kasih syg Allah adalah kasih yg abadi..terus mencari dan mendapatkan kasih syg drp Allah...jiwa akan tenang. Juga semoga urusan perpindahan adik utk lebih dekat bersama keluarga akan mendapat perhatian dan pertimbangan yg sewajarnya daripada pihak pentadbir.Amin.

Mengambil ikhtibar dari insiden ini aku perlu lebih banyak muhasabah diri,menjadikan amalan dan terus istiqamah dgn amalan meminta maaf serta memaafkan pada semua khususnya ahli keluarga sebab kita tak tahu apa yg berlaku semasa kita tidur...adakah tidur itu lah tidur yg panjang kita.Tidur yg bukan lagi kematian kecil tetapi kematian yang hakiki. Semoga Allah memberikan kekuatan iman  dan sentiasa redha dengan semua ketentuanNya. Wallahualam...

Tuesday, September 17, 2013

Speedy recovery dekkay....

Tanggal 15 Sept 2013...dekkay berlepas ke melbourne utk rawatan susulan di sana. Penerbangan ehsan daripada rakan taulan yg sanggup susah bersama keluarga kakak ku...semoga Allah murahkan lagi rezeki mereka yg membantu...Suasana pagi hari Ahad agak meriah di Country Height dengan kehadiran sahabat handai yg ingin bersama keluarga ini sebelum mereka berlepas. Bacaan doa daripada Ustaz Shahrizal membuatkan hati sebak dan sayu...Amin..semoga Allah permudahkan urusan keluarga kakakku  dan sekembalinya dekkay ke tanah air ...akan membawa perubahan yang positif...Cepat sembuh dekkay....dan inshaAllah selepas ini kami ingin melihat dekkay bahagia di samping orang yg dapat membahagiankan dekkay..Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada Meana...

Thursday, September 12, 2013

Enggang dan pipit....

Entri tentang dua jenis burung tapi dari spesis yang sama...dalam pepatah melayu,manakan enggang boleh terbang bersama pipit...memang nmpk janggal...klu ada pun ketidakserasian itu tetap terasa walaupun cuba disembunyikan..Tapi siapa yg cipta pandanganan sedemikian...bukankah manusia.Sedangkan pada mata Allah manusia hambanya semua adalah sama...hanya yg membezakan mereka adalah takwa dan iman..

Biarlah pipit terbang bebas walaupun sayap tak seluas enggang
biarkan pipit mematuk dengan paruhnya yg kecil
biarkan pipit melihat dengan matanya yang kecil
kerana pipit akan melihat sesuatu yang besar
yang pastinya pipit tidak terbelenggu dengan keegoaan enggang..
berbahagialah pipit kerana dapat mencelah ke pelosok dunia
menelusi sebesar-besar lowongan hingga sekecil-kecil lubang...


Upsr oh upsr....

Entri ni ttg bdk2 yg menduduki pepriksaan UPSR...antara ribuan calon,antaranya adalah anak bujang bungsu aku...Hari ni hari terakhir sehingga pukul 4.30 utk kertas ujian aptitute...bagaimanalah keadaan dia dlm saat menghadapi setiap kertas peperiksaan..Sebagai ibu antara ribuan ibu diluar sana hanya mengharapkan yang terbaik buat anak tersyg...Semoga usaha gigih para guru sekolah..ibu bapa dan pelajar itu sendiri mendapat rahmat dan keberkatan drp Illahi...Terima kasih yg tidak terhingga buat semua guru SK Ampangan yg telah mengajar anakku dengan semangat juang yg sgt tinggi tanpa  jemu...sanggup mengorbankan masa cuti dan kebersamaan keluarga demi anak murid dan sekolah tercinta. Jika Allah mahu beri kejayaan ..InshaAllah kejayaan akan kita genggam sebagai sekolah terbilang...

Buat anakku Ahmad Mirza Nabil..nama indah yg penuh dengan makna yg baik,semoga ia menjadi doa setiap mereka yg memanggilmu dengan nama itu.Jadilah anak yg satu hari nnti akan menjadi kebanggaan keluarga...setidak2nya imam yg akan menjemaahkan solat terakhir buat ibu abah dan yg membacakan talqin pada rumah terakhir kami nnti. Ahmad Mirza Nabil..maafkan ibu,kerana dalam kadangkala keras ibu mendidikmu ,ibu sangat mencintai dan menyayangi kamu..Ibu mahu yg baik..hanya yg terbaik buat anak2 ibu..Ibu mahu menjadikan kamu sebagai seorang lelaki yg boleh dipertanggungjawabkan dalam memimpin keluarga pada masa akan datang...

Ingat anakku..kejayaan bukan diukur pada berjelanya ijazah,master dan PHD..tetapi ketakwaan dan keimanan mu terhadap Khaliq mu..Allah SWT..Adik akan membantu ibu dan abah di alam barzakh nnti..meringankan beban kami smpailah tiupan sangkakala yg meranapkan seluruh isi bumi..
Siapa pn adik...apa pun adik..adik tetap anak ibu yg ibu sayang..

Upsr hanyalah ujian pertama...ujian Allah tak pernah ada batas ruang dan waktu..bersedialah dgn penuh kekuatan dan redha..

Ahmad Khairul Hafieq...dekkay...

Entri kali ini adalah tentang anak buah aku...Ahmad Khairul Hafiez atau yg lebih dikenali dgn panggilan KK@ dekkay dlm kalangan ahli keluarga terdekat...kenapa dgn dekkay? Kerana aku syg kan dia..masa bnyk drp masa kecil dia membesar depan mata aku..anak ke tiga daripada 5 beradik keluarga kakak ku yang ke dua...Kejadian2 yg mengejutkan ini membuatkan aku lupa tarikh sebenar kejadian yg telah menimpa beliau sebenarnya...tapi yg jelas tak beberapa lama dri tarikh PRU 13 tahun 2013... masa tu abang ipar ku sibuk dengan kempen di kampung...sebagai anak dekkay menjadi jentera penggerak utk menjayakan kempen abah dia....

Malang mmg tak berbau...dekkay terlibat dalam kemalangan jalan raya.Bnyk versi yg aku dengar tentang kemalangan tersebut...yg mana sahih atau bnyk yg ditokok tambah. Bertambah malang tsebar berita2 yg tidak bertanggungjawab yg mengatakan dekkay meninggal dlm insiden itu..Mmg tidak berintegriti org yg menyebarkan berita palsu utk tujuan politik murahan....Semoga Allah ampunkan kalian penyebar kepalsuan. Berbalik kpd dekkay...aku menerima panggilan pd malam itu drp kakak ku DSHK..tapi aku tak sempat menjawabnya,sehinggalah aku menerima panggilan drp kakak sulung ku di kmpg yg memberitahu bahawa dekkay kemalangan.Dekkay ni klu ikut sejarahnya mmg selalu sangat accident. Tapi kali ini...aku sendiri tidak menjangkakan seserius itu yg menimpa dirinya.Sepanjang malam aku tak nyenyak tidur...berita sentiasa di update.

Sehinggalah aku menyaksikan sendiri keadaan dirinya yg sebenar...mencurah airmata yg tak dpt ku tahan lagi. Ya Allah...dekkay ..Acu yakin suatu hari nnti dekkay akan bangun seperti sediakala..itu keyakinan ku...Melihat wajah sedih kakakku..aku jadi bisu..pasti ucapan sabar yg beliau terima drp rakan taulan sahabat handai saudara mara dan kaum kerabat terdekat dpt memujuk sementara hatinya yg remuk.Tapi itulah aku..aku yakin kakak ku seorg yg tabah n kuat demi anak tercinta..bayangkan selama 3 bulan berumahtangga di hospital,dgn sabar dan tidak putus doa utk sang anak tercinta yg menjadi surganya nnti..

Alhamdulillah selama 3 bulan pelbagai cabaran dan dugaan yg kami tempuh terutama kakakku..akhirnya dekkay bangun,sihat dan boleh berjalan semula.Menyambut hari kelahiran yg ke 31 di hospital yg sama jatuhnya tarikh hari pertama umat islam menyambut Ramadhan al Mubarak...Sambutan dengan kenduri kesyukuran dan tarawikh berjemaah siap dengan morehnya...dan kini dekkay masih meneruskan rawatan di kpj dan bakal berangkat ke Australia 16 September ini utk mendapatkan rawatan pakar yg terbaik di sana...Semoga dekkay terus tabah sabar dan cekal dalam menjalani sesi rawatan ditemani dan dikelilingi oleh insan2 yg tersyg dan terpenting dlm hidup dekkay...Mak..kasih dia sepanjang hayat,tiada batas waktu dan masa,sanggup meninggalkan kemewahan sementara demi anak tersyg..Dan buat seseorg yg istimewa dalam hidup dekkay yg baru kami kenal kerana tak sempat diperkenalkan sebelum insiden kemalangan itu berlaku..Marina.....Biarpun baru mengenal diri mu, kami dapat melihat dengan mata hati kami keikhlasan hati budi mu terhadap dekkay.InshaAllah semoga Allah melihat kebaikan dlm diri Marina..dan Allah akan hadiah kan pelangi yg indah buat Marina selepas hujan ribut..mendung pasti akan berlalu berkat kesabaran kita semua..


Setahun masa berlalu....2013

Last entri ramadan 2012... Sekarang dah masuk bulan zulhijjah...musim org nak menunaikan haji...lama jugak aku tinggal blog ni tanpa sebarang catatan...sampai aku sendiri kehilangan kata laluan nak masuk blog aku sendiri...tapi usaha mesti ada..klu tak aku kehilangan jejak entri2 ku sebelum ini...wah...klu nak aku soroti satu persatu memang aku tak mampu...tapi saat aku mengatur setiap patah kata ku...seolah2 wayang pacak memainkan semula kenangan2 lalu itu...

Manis,pahit maung memang sudah menjadi resam hidup..jadikan ia batu sempadan ..kerana manusia merancang dengan cita2 tetapi Allah merancang dengan cintaNya terhadap hambanya...belajarlah bersikap redha ...kerana apabila Allah mengambil sesuatu pasti Allah akan menggantikan dengan sesuatu yg baik...selepas hujan  Allah akan memberikan kita pelangi yang indah....Kehidupan peribadi,keluarga,urusan anak2 yg makin dewasa sangat menuntut kesabaran n pengorbanan...kalau tidak pun dengan wang ringgit ,tetapi pergorbanan perasaan asalkan org2 disekeliling yang disygi dapat dilindungi....

Bila perasaan dan diri sendiri tidak dapat kita puaskan...bagaimana pula kita nak memuaskan hati orang lain...segala2nya terbatas melalui ciptaan kita sendiri...tetapi yg paling sedih dan rasa jauh hati adalah hubungan kekeluargaan yg masih belum pulih...apakah benar pepatah melayu? Kalau kasih ibu sepng hayat mmg tak siapa akan nafikan...tapi kasih saudara masa berada? Apakah penghormatan mata manusia akan mengangkat darjat dan status sesorg manusia? Sangat jelas yg membezakan antara manusia itu adalah pakaian iman dan takwa mereka kepada Allah...jgnlah terlalu kufur dengan nikmat dunia....

Mata ku semakin berat...hampir pukul satu pagi tatkala entri ini aku cuba habiskan...tapi semakin berat nak sampai ke penghujungnya...next entri...Hafiez(dekkay) terlibat dalam kemalangan...mati hidup semua...its miracle...kuasa Allah tak siapa boleh menidakkannya..Subhanallah...