A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Thursday, September 12, 2013

Ahmad Khairul Hafieq...dekkay...

Entri kali ini adalah tentang anak buah aku...Ahmad Khairul Hafiez atau yg lebih dikenali dgn panggilan KK@ dekkay dlm kalangan ahli keluarga terdekat...kenapa dgn dekkay? Kerana aku syg kan dia..masa bnyk drp masa kecil dia membesar depan mata aku..anak ke tiga daripada 5 beradik keluarga kakak ku yang ke dua...Kejadian2 yg mengejutkan ini membuatkan aku lupa tarikh sebenar kejadian yg telah menimpa beliau sebenarnya...tapi yg jelas tak beberapa lama dri tarikh PRU 13 tahun 2013... masa tu abang ipar ku sibuk dengan kempen di kampung...sebagai anak dekkay menjadi jentera penggerak utk menjayakan kempen abah dia....

Malang mmg tak berbau...dekkay terlibat dalam kemalangan jalan raya.Bnyk versi yg aku dengar tentang kemalangan tersebut...yg mana sahih atau bnyk yg ditokok tambah. Bertambah malang tsebar berita2 yg tidak bertanggungjawab yg mengatakan dekkay meninggal dlm insiden itu..Mmg tidak berintegriti org yg menyebarkan berita palsu utk tujuan politik murahan....Semoga Allah ampunkan kalian penyebar kepalsuan. Berbalik kpd dekkay...aku menerima panggilan pd malam itu drp kakak ku DSHK..tapi aku tak sempat menjawabnya,sehinggalah aku menerima panggilan drp kakak sulung ku di kmpg yg memberitahu bahawa dekkay kemalangan.Dekkay ni klu ikut sejarahnya mmg selalu sangat accident. Tapi kali ini...aku sendiri tidak menjangkakan seserius itu yg menimpa dirinya.Sepanjang malam aku tak nyenyak tidur...berita sentiasa di update.

Sehinggalah aku menyaksikan sendiri keadaan dirinya yg sebenar...mencurah airmata yg tak dpt ku tahan lagi. Ya Allah...dekkay ..Acu yakin suatu hari nnti dekkay akan bangun seperti sediakala..itu keyakinan ku...Melihat wajah sedih kakakku..aku jadi bisu..pasti ucapan sabar yg beliau terima drp rakan taulan sahabat handai saudara mara dan kaum kerabat terdekat dpt memujuk sementara hatinya yg remuk.Tapi itulah aku..aku yakin kakak ku seorg yg tabah n kuat demi anak tercinta..bayangkan selama 3 bulan berumahtangga di hospital,dgn sabar dan tidak putus doa utk sang anak tercinta yg menjadi surganya nnti..

Alhamdulillah selama 3 bulan pelbagai cabaran dan dugaan yg kami tempuh terutama kakakku..akhirnya dekkay bangun,sihat dan boleh berjalan semula.Menyambut hari kelahiran yg ke 31 di hospital yg sama jatuhnya tarikh hari pertama umat islam menyambut Ramadhan al Mubarak...Sambutan dengan kenduri kesyukuran dan tarawikh berjemaah siap dengan morehnya...dan kini dekkay masih meneruskan rawatan di kpj dan bakal berangkat ke Australia 16 September ini utk mendapatkan rawatan pakar yg terbaik di sana...Semoga dekkay terus tabah sabar dan cekal dalam menjalani sesi rawatan ditemani dan dikelilingi oleh insan2 yg tersyg dan terpenting dlm hidup dekkay...Mak..kasih dia sepanjang hayat,tiada batas waktu dan masa,sanggup meninggalkan kemewahan sementara demi anak tersyg..Dan buat seseorg yg istimewa dalam hidup dekkay yg baru kami kenal kerana tak sempat diperkenalkan sebelum insiden kemalangan itu berlaku..Marina.....Biarpun baru mengenal diri mu, kami dapat melihat dengan mata hati kami keikhlasan hati budi mu terhadap dekkay.InshaAllah semoga Allah melihat kebaikan dlm diri Marina..dan Allah akan hadiah kan pelangi yg indah buat Marina selepas hujan ribut..mendung pasti akan berlalu berkat kesabaran kita semua..


No comments:

Post a Comment