A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Thursday, November 7, 2013

Episod Peperiksaan Bermula........

Bermulalah episod yang paling mendebarkan kepada seluruh pelajar apabila menjelang November. Segala ilmu yang diempang sepanjang tahun akan pecah..mengalir laju di atas lautan kertas-kertas kosong...yang akhirnya penuh dengan lambakan idea ..fakta..memuntahkan lahar formula yang sekian lama terpendam untuk diaplikasikan.

Gugup,gementar hanya mereka sahaja yang tahu. Yang bersedia..yang terkial-kial mencari arah.tetap kepada matlamat yang satu. Usaha..doa..usaha...dan akhirnya tawakal sahajalah pada yang Esa. Semoga mendapat keberkatan sepanjang pencarian ilmu dan semoga berjaya dalam menuju puncak yang dicita-citakan.

Kepada semua anak-anak pelajar ku...cikgu halalkan ilmu yang telah cikgu curahkan selama ini...adakalanya ilmu yang diberikan tak kan kamu jumpa dalam mana-mana buku ataupun silibus subjek yang cikgu ajar. Ilmu kehidupan realiti yang menunggu kamu diluar sana nnti adalah medan segala buku untuk kamu menimba pengalaman...kerana pengalaman yang kamu perolehi nnti adalah adaptasi daripada semua buku di dunia ini...

Semoga sukses dalam hidup...kerana kejayaan kamu adalah kejayaan dan kebanggaan cikgu....Cikgu sayang kamu kerana Alllah SWT dan kerana ini adalah amanah yang cikgu pikul dan akan diperhitung dan dinisab di sana kelak.....Tiada apa yg cikgu harapkan daripada kamu...jika adapun sedikit titipan doa daripada kamu semua bekas pelajar cikgu...doakan cikgu sihat untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini sehinggalah sampai waktunya cikgu harus meninggalkan profesion mulia ini...persaraan wajib yang tinggal tak sampai 10 tahun lagi.....

Salam sayang daripada cikgu ........

No comments:

Post a Comment