A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Thursday, March 17, 2011

Tanggungjawab sebagai Anak,Isteri,Ibu dan Wanita berkerjaya...




Antara peranan yg harus dimainkan oleh sesiapa sahaja di muka bumi yg namanya manusia...Pusingan hidup yang berputar dari atas ke bawah..dari kiri ke kanan...atau dari mana arah sekali waima yang menongkah arus...TANGGUNGJAWAB....seringkali persoalan tanggungjawab menjadi sesuatu yg agak klise...semua org mesti bertanggungjawab...tetapi mengapa ada yg cuba melepaskan diri daripada tanggungjawab...maka itulah kita...kerana pengukuran tanggungjawab itu terlalu subjektif kpd sesetengah daripada kita...(maaflah jika ada yang bercanggah pendapat..)

Tanggungjawab juga adalah merupakan perjalanan hidup yg perlu kita lalui ,..perlu kita galas..sebab selagi berdenyut nadi,selagi nafas belum terhenti....kaki terus meniti dengan memikul tanggungjawab dari sejak kelahiran sehinggalah ke liang lahat.Bahkan tanggungjawab yang hidup kepada yg sudah tiada juga dituntut sehingga kita juga menurutinya bila sampai masanya...

Tak perlulah memikirkan tanggungjawab yg besar2..yg tu biarlah org2 atasan sana yg memikirkan dan mencari penyelesaiannya..tapi kita org2 kecil ni jgk perlu bertanggungjawab melaksana dan menegur mana2 yg tak kena...tu tanggungjawab jugak...Renunglah ke dalam diri sendiri dan buat check list...apa tanggungjawab yg perlu kita dahulukan..yg penting kepada diri sendiri....itupun dah cukup banyak,ada yg terpaksa dibuat nampak tak nampak sbb tak larat dah...

Bercakap tanggungjawab sebagai anak..uhhh!!!kalau cakap dengan anak2 sehari suntuk...apatah lagi setiap hari..beratus2 hari...beribu2 hari..yg benarnya..sampai mati pun tak kan selesai bab2 tanggungjawab ni...Pada mereka perkataan tanggungjawab tu besar sangat nak dipikul..pada hal tanggungjawab tu benda2 yg perlu dibuat setiap hari..setiap kerja dan arahan adalah tanggungjawab yg perlu dilunasi....

Haa!!!nak marah anak2..part diri sendiri pula macamana? Sudah aku laksanakan tanggungjawab sebaiknya pada kedua ibu bapa...Untuk menjawab persoalan sendiri tu yg musykil...Sudahkah aku?Puaskah aku?Layak kah aku berkata aku sudah laksanakan..? Persoalan demi persoalan yg timbul selepas aku kehilangan kedua2nya...Sedangkan sudah digariskan hak ibubapa terhadap anak2nya. Mungkin aku juga termasuk dalam bab2 anak2 yg mudah lupa......

10 Hak Orang Tuan yang wajib Dipenuhi :
(Petikan drpd Kitab Dorratun Nasihin)

1. Memenuhi keperluan makannya
2. Melayani semua keperluannya
3. Menjawab panggilannya
4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5. Berkata-kata dengan lembah lembut dan tidak memarahinya
6. Memberi pakaian secukupnya
7. Berjalan dibelakangnya
8.Berusaha supaya orang tua sentiasa reda padanya
9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka
10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.

::Nampak dan bunyinya macam mudah nak penuhi kan? Tapi kalau diperhalusi sedalam2nya pengertian berapa ramai daripada kita yg mampu melakukan...termasuklah yg punya blog ni??? Cuba kita analisa sendiri ???...(Mesti akan ada yg kata bukan kita tinggal sekali dgn mak ayah kita,kalau tinggal sekali senang lah..itu....alasan bagi yg dah berkeluarga...yg bujang lain pulak cerita....Inilah kita kalau banyaknya berkalau........!)


1. Memenuhi keperluan makannya - kita mendahului selera kita ker..atau kita pernah tanya
mak ayah dah makan ke..? nak makan apa?

2. Melayani semua keperluannya- sabarkah kita melayan karenah tua mereka??Apakah ada
terselit dalam hati berseni kita..aduh lecehlah mak ayah ni????

3. Menjawab panggilannya-dengar tapi buat2 tak dengar..melabelkan mak suka membebel?
Mak telefon..jawabkah kita? Menelefonkan kita?..Telefon@sms dengan org lain boleh
pulak....

4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat- memang tak lah
kan mak ayah suruh buat benda2 maksiat...tapi mak ayah melarang,menegur yg menjadi
perintah supaya jangab berbuat maksiat...maka itulah yg suka kita lakukan..engkar
perintah..kadang2 bukan perintah..cuma teguran!!

5. Berkata-kata dengan lembah lembut dan tidak memarahinya -Masyaallah!!yang ni satu kes
...sedangkan berkata "ah" pun dilarang....betapa ramai anak2 yg di luar sana yg derhaka
kpd orgtua sendiri..usahkan bercakap kasar..bergaduh,berparang malah berbunuhan pun
sampai hati..kitalah anak2 akhir zaman!!! hanya kita yg dapat menjawabnya..sendirilah
mau ingat...

6. Memberi pakaian secukupnya- huh!!pakaian sendiri ber"brand"..mak ayah pakai apa???

7. Berjalan dibelakangnya- bukan setakat berjalan dibelakangnya...segala tindak tanduk kita
juga banyak yang membelakangkan mereka...ada kita minta pendapat mereka? Ada kita
pertimbangkan permintaan dan kehendak kita..sebab kita melihat dari sudut pandangan
mata kasar kita..

8.Berusaha supaya orang tua sentiasa reda padanya-untuk mendapat keredaan Allah..kita
perlu mendapat keredaan dprd org tua kita terlebih dahulu..redakah mereka atas segala
perlakuan kita yg banyak mencolok mata???

9.Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka- ini pun satu hal la jugak...kita suka ke apa
yg orgtua kita suka..selalunya the other way around..banyak sangat objection!! Ingatlah
orgtua kita tau apa yg terbaik untuk kita...kalau kita tak mampu nak fullfill kehendak
mereka..mungkin ada juga rasa kecewa..tapi tetap juga mendoakan kita anak2nya..

10.Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.-yang ini memang
kita buat..tapi sekerap mana..kita yang boleh menjawabnya..sebaiknya sekerap yg boleh,
paling tidak setiap kali selepas solat fardu yang lima tu...


MasyaAllah dimanakah kita kalau benda semudah ini yang menjanjikan pahala tak dapat nak kita laksanakan....bagi yang orangtuanya masih hidup..ambillah peluang sebaik mungkin sebelum mereka mendahalui kita..peringatan bagi anak2 ku yg mengikut ibu di blog ini..pengakuan dari hati ibu yang ikhlas...ibu adalah anak yg sangat rugi!!! Ibu terlepas peluang berbakti dan terus berbakti semasa kedua2 Wo korang masih di sisi...Cuma yg menjadi penawar di hati ibu kini .Hak mereka yg jatuhnya nombor 10...selama 49 hari di Tanah Suci alhamdulillah ...ibu tak lupa bermunajat memohon agar Allah SWT melimpahi rahmat ke atas mereka berdua...diampunkan segala dosa2 mereka..diterima taubat dan segala amalan mereka di dunia....

Rupanya sayangnya Allah pada kita...masih diberi kesempatan walapun kita tak mampu sewaktu mereka masih ada...tanggungjawab masih boleh kita laksanakan walaupun tiadanya mereka bersama...Kisah yang diriwayatkan drp Kitab Irsyadul Ibad..diceritakan oleh seorang ahli ibadah...
Beliau bercerita,"Aku bemimpi melihat ramai ahli kubur keluar dari kubur mereka dan mengutip sesuatu. Antara mereka,ada seorg ahlu kubur yang hanya duduk di atas kuburnya dan tidak mengambil apa2. aku mendekatinya dan bertanya,"Apakah yang mereka ambil itu"?
Dia menjawab,"Kiriman hadiah daripada kaum muslimin iaitu bacaan Quran ataupun doa."
Lalu aku bertanya lagi,"Mengapa kamu tidak ikut sama mengambilnya?"
"Aku sudah cukup",jwbnya

Aku tidak memahami maksudnya dan bertanya,"Bagaimana?"
Dia berkata,"Setiap hari.anakku mengirimkan hadiah untukku.Dia menjual kuih di pasar."

Keesokan paginya,aku pergi ke pasar dan mencari anak ahli kubur yang aku mimpikan malam tadi. Ternyata anaknya seorang pemuda. Aku melihat bibirnya yg sentiasa asyik kumat-kamit. Aku bertanya kepadanya,"Mengapakah bibirmu asyik bergerak?"

Dia menjawab,"Aku mengucapkan ayat2 Quran dan aku hadiahkannya untuk ayahku yang sudah meninggal dunia."
Tidak lama selepas itu. aku bermimpi lagi. Aku melihat orang mati di dalam kubur keluar dan orang yang duduk dahulu turut mengambil kiriman ayat2 Quran dan doa seperti kawan2nya. Apabila aku terbangun daripada tidur,aku segera pergi ke pasar dan mencari anaknya yang menjual kuih itu. Apabila aku sampai di situ,ada orang yang memberitahuku, pemuda itu sudah meninggal dunia.

Moral of the story...kita masih lagi boleh menabur bakti..tiada istilah terlambat utk berbuat baik kepada mereka yg telah tiada..Dalam Kitab yang sama,tercatat hadis berikut:

"
Demi zat yang mengutusku dengan hak sebagai nabi,apabila ada seorang hamba yang dianugerahkan harta oleh Allah lalu dia berbuat baik iaitu memberi nafkah kepada orang tuanya,dia kelak berada bersamaku di syurga. Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia ini,apakah yang perlu dia lakukan?" Nabi menjawab,"Bersedekahlah untuk kedua ibu bapanya dengan membaca Quran ataupun mendoakan mereka. Apabila ada anak yang mengabaikan hal itu, maka dia menderhaka kepada ibu bapanya. Sesiapa yang menderhaka kepada orang tua,dia melakukan dosa besar."

Tak kanlah modal yg semudah itu tak dapat nak dilaksanakan...peringatan buat diri ku yg telah kehilangan dua2nya...peringatan juga buat anak2 ibu dan juga anak2 yg lain di luar sana yang akan kehilangan bila tiba masanya...Wallahualam....

No comments:

Post a Comment