A Journey of a thousand miles begins with a single step....

Monday, April 25, 2011

Exam week....

Bagi anak2 yg menuntut di universiti,kolej..minggu yg sudah
dah tamat 'study week'...dan dlm dua minggu ni akan berperang psikologi dengan
kertas2 final dorang.All the best and gud luck to you guys.Tak perlu nak stres dan depress
tak tentu pasal nak oiiii..

kalau dah cukup prepared tu yakinlah pada diri sendiri..usah diragui samada
habis ke tidak belajarnya.Itu semua akan menambahkan kerisauan..

Dalam waktu2 begini..lebihkan juga dari segi kerohanian dan kekuatan
dalaman..solatnya...yg wajib..yg sunat ..tahajud..zikir ,doa..
dan akhirnya tawakallah pada Allah SWT.
Sambil2 menge'set' waktu utk bangun blajar awal pagi..sambil2 tu juga ambil peluang
bermunajat disepertiga malam utk memperkasa rohani...semoga tiada
perasaan syak wasangka dan ragu2 pada kemampuan diri sendiri. Dah berbulan
semester berlalu..walaupun dihambat dengan pelbagai tugasan akademik
dan tanggungjawab sosial pada universiti dan kolej..
itu sebenarnya pengalaman yg sgt berharga yg tidak ada tanda harganya.

Buat anak2 didik ku yg bertaburan di merata universiti di tanah air..
khususnya buat anak2 ku yg berada di Universiti Putra Malaysia,doa ibu sentiasa
mengiringi kalian.
Jadilah anak2 bangsa yg mampu menyumbang pada kejayaan negara
kerana di tangan kalian lah teletak amanah dan tanggungjawab
membangunkan...memperkasakan...
agama..bangsa..dan negara.

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...



No comments:

Post a Comment